Pejabat Penasihat Undang-Undang
Objektif
Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah KPKM selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam.
Fungsi
- Memastikan perjanjian, memorandum persefahaman, dan instrumen perundangan yang mempunyai implikasi undang-undang kepada Kerajaan adalah teratur dan selaras dengan undang-undang sedia ada dan mematuhi dasar Kerajaan yang berkuat kuasa.
- Memastikan khidmat nasihat undang-undang yang diberi secara lisan dan bertulis kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan, dan Agensi di bawah KPKM adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada, dan dasar Kerajaan yang berkuat kuasa.
- Menggubal, menyemak, dan meminda perundangan utama dan perundangan subsidiari mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada, dan mematuhi dasar Kerajaan yang berkuat kuasa.
- Mengendalikan kes-kes pendakwaan dan guaman yang melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan atau Agensi di bawah KPKM di Mahkamah Jenayah dan Sivil mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
- Menjalankan hak dan kuasa Pendakwa Raya selaras dengan peruntukan seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] termasuk mengkaji kertas siasatan dan memberikan nasihat serta arahan kepada penguat kuasa di Kementerian/Jabatan/ Agensi di bawah KPKM mengenai siasatan, dan izin pendakwaan.
- Memastikan tadbir urus Pejabat Penasihat Undang-Undang yang cekap dan berintegriti.
Piagam Pelanggan
- Memberi pandangan undang-undang bertulis yang berkualiti dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap. Bagi nasihat perundangan yang melibatkan isu-isu yang kompleks, memerlukan kajian lanjut dan terperinci dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Menyemak dan menggubal perjanjian dan dokumen perundangan yang lain dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap. Bagi perjanjian dan dokumen perundangan melibatkan isu-isu yang kompleks, memerlukan kajian lanjut dan terperinci dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Menyemak dan/atau menggubal perundangan utama sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan dalam tempoh 90 hari bekerja tertakluk kepada perkara-perkara dasar dan teknikal telah diselesaikan.
- Menyemak dan/atau menggubal perundangan subsidiari sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja tertakluk kepada perkara-perkara dasar dan teknikal telah diselesaikan.
- Mengkaji kertas siasatan dan memberikan nasihat serta arahan kepada penguat kuasa di Kementerian/Jabatan/ Agensi di bawah KPKM mengenai siasatan, dan izin pendakwaan dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Mengambil arahan dan mengendalikan sesuatu tindakan guaman bagi pihak atau terhadap Kerajaan Malaysia dengan memastikan tindakan awalan dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh arahan diterima.
Carta Bahagian
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.