Kebolehcapaian

Kluster Kebolehcapaian (KBC) diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan diselaraskan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). KBC dianggotai oleh kementerian/agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi kebolehcapaian kepada makanan yang mana kemampuan penduduk untuk mendapatkan makanan yang sihat, selamat dan menepati kehendak gaya hidup sama ada melalui pembelian mahupun ekonomi sara diri.

Terma Rujukan kluster

  1. Memastikan kemudahsampaian makanan kepada rakyat tidak terjejas serta mengenal pasti strategi untuk meningkatkan akses makanan kepada rakyat;
  2. Memastikan harga makanan adalah wajar dan bertepatan dengan kuasa membeli rakyat;
  3. Memastikan infrastruktur logistik dan pasaran memenuhi keperluan rantaian bekalan makanan mengikut lokaliti; dan
  4. Mengenal pasti fungsi dan menambahbaik kluster kemampuan agar relevan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

   Program Bantuan Makanan

   

Terdapat pelbagai program bantuan makanan daripada Kerajaan sama ada dalam bentuk mencukupkan nutrisi sehinggalah kepada membantu golongan sasar terutamanya ketika bencana. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memainkan peranan penting ketika bencana dengan memberi bantuan kepada mangsa dengan memberikan perlindungan sementara, makanan dan lain-lain bantuan. Manakala, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi fokus untuk memberikan bantuan secara konsisten kepada golongan sasar seperti mereka yang mempunyai pendapatan di bawah PGK, Orang Kurang Upaya, warga emas dan lain-lain. Pada masa yang sama, sokongan pelbagai pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGOs) yang sentiasa berterusan membangkitkan kesedaran awam dan meluaskan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik terutamanya dengan memberikan makanan percuma.

     

   Program Food Bank Malaysia (PFBM)

   

PFBM telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif peduli rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang mana secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup golongan tersebut. Program ini juga selari dengan matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDG) 12.3, iaitu mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan (Food Waste) keseluruhan yang dikeluarkan oleh industri peruncitan dan pengguna pada tahun 2030. Konsep program ini adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan yang masih boleh dimakan melalui pengumpulan daripada penyumbang iaitu pasaraya, pengilang, pengusaha makanan, hotel dan syarikat korporat. Makanan yang telah dikumpul kemudiannya akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti daripada keluarga miskin dan kurang upaya, rumah-rumah kebajikan, pusat bantuan makanan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar Universiti yang kurang berkemampuan.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

     

   Program Susu Sekolah (PSS)

   

PSS merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Ia dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. 

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

     

   Jualan RAHMAH

   

Program Jualan Rahmah (PJR) adalah sebuah program anjuran KPDN yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian, 10% hingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat. Platform ini sangat bertetapan bagi masyarakat di luar sana untuk lebih jimat berbelanja. Dengan jelajah yang berlangsung di seluruh negara, semestinya para pengguna dapat memanfaatkan inisiatif ini dalam merancang perbelanjaan mereka.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

     

  Jualan Agro MADANI

   

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon