Kestabilan dan Kemampanan

Kluster Kestabilan dan Kemampanan (KSM) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan diselaraskan oleh Sekretariat Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara (JKSMN). KSM dianggotai oleh kementerian/ agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan berfokuskan kepada dimensi kestabilan bagi menjamin Sistem Makanan Negara.

 

Terma Rujukan Kluster

  1. Memastikan kelestarian pengeluaran makanan terjamin terutamanya makanan ruji rakyat dengan mengambil kira perubahan iklim, peningkatan populasi, bencana, kekurangan sumber dan sekatan dagangan;
  2. Mengenal pasti strategi-strategi yang dapat menyumbang kepada kelestarian sistem makanan (food system);
  3. Memastikan kemampanan alam sekitar kekal terpelihara dengan mengenal pasti strategi-strategi yang bersesuaian dalam menguruskan food loss dan food waste secara holistik merentas sektor; ;
  4. Memastikan kesinambungan guna tenaga sektor agromakanan kekal terjamin dengan mengoptimumkan guna tenaga tempatan dan teknologi serta mengurangkan kebergantungan terhadap guna tenaga asing;
  5. Meneliti keperluan data merentas agensi dan memastikan ketersediaan data agromakanan negara yang cepat, tepat dan berintegriti; dan
  6. Mengenal pasti fungsi dan menambahbaik kluster kestabilan dan kemampanan agar relevan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Program MYSaveFood

Usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan (FLW) menarik perhatian MARDI untuk menyertai rangkaian SAVEFOOD global dan menubuhkan inisiatif Malaysia Save Food (MYSaveFood) pada 15 Oktober 2015. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 150 organisasi dan individu yang telah mendaftar sebagai rakan MYSaveFood untuk memberi kesedaran dan memerangi isu FLW di Malaysia. Program ini terutamanya pameran, seminar, forum, ceramah eksekutif, program pendidikan lestari untuk pelajar, penyebaran mesej tematik melalui media sosial dan juga promosi di media tradisional dengan data yang diberikan dari rakan kongsi.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

Program MyGAP

Pensijilan MyGAP mengiktiraf ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) mengikut elemen yang ditetapkan dan penggunaan racun kimia sebagai kawalan perosak tanaman pada paras minimum yang dibenarkan manakala myOrganic pula mengiktiraf ladang yang langsung tidak menggunakan bahan kimia dalam aktiviti penanaman yang dijalankan. Kaedah pengiktirafan ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan petani untuk mengamalkan APB dan seterusnya sebagai bukti kepada pengguna terhadap aktiviti pertanian yang dilaksanakan dalam menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dan memastikan kelestarian alam sekitar.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

 

Antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan termasuklah:

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon