Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)

Y. Bhg. Datuk/Dato'/To' Puan/Datin/Tuan/Puan,


Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.


2.   Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian/Jabatan/Agensi yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT KPKM melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT). Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat https://profit.mampu.gov.my.

 

3.   Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian/Jabatan/Majlis/Unit juga dipohon untuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT KPKM.

 

4.   Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) mengikut Takwim KPKM 2024 dijadualkan seperti berikut :

 

Bil. Mesyuarat Tarikh Mesyuarat JTI Tarikh Mesyuarat JPICT Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan

Bil. 1/2024

16 Februari 2024 (Khamis)
- Telah Selesai -

05 Mac 2024 (Selasa)

26 Januari 2024 (Jumaat)

Bil. 2/2024

09 Mei 2024 (Khamis)

23 Mei 2024 (Khamis)

19 April 2024 (Jumaat)

Bil. 3/2024

30 Julai 2024 (Selasa)

15 Ogos 2024 (Khamis)

12 Julai 2024 (Jumaat)

Bil. 4/2024

29 Oktober 2024 (Selasa)

12 November 2024 (Selasa)

11 Oktober 2024 (Jumaat)

 

5.   Untuk makluman maklumat mengenai Terma Rujukan JPICT dan Format Kertas Kerja boleh di muat turun seperti di bawah :

Tatacara Penyediaan Kertas Permohonan JPICT

Template Kertas Permohonan JPICT KPKM 2023

 Template Slide Kertas Pembentangan Projek - JTI_JPICT KPKM Jan 2024 (Perolehan Pembangunan Sistem)

 Template Slide Kertas Pembentangan Projek - JTI_JPICT KPKM Jan 2024 (Perolehan Perkakasan)

 

6.   Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada :

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2015 : Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantau Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2013 : Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information Telecomunication Technology (ICT) Kerajaan

 

7.   Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada e-mel jpict@kpkm.gov.my dan pertanyaan mengenai Sistem Aplikasi PROFIT boleh dikemukakan kepada emel urussetiajtisa@digital.gov.my atau nombor telefon berikut :
03-8892 7502. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg Datuk/Dato'/To'Puan/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) & JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTI)
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon