Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik

Objektif

  • Merancang pembangunan strategik sektor agromakanan bagi menjayakan matlamat Dasar Agromakanan Negara   2021 – 2030 (DAN 2.0).

Fungsi

  • Merancang, mengkaji dan menggerakkan mekanisme perancangan sektor agromakanan;
  • Menggubal dan mengemaskini dasar-dasar utama kementerian serta strategi berkaitan dengan pertanian dan industri agromakanan negara;
  • Menetapkan hala tuju, pendirian negara dan menyelaras isu pembangunan mampan di peringkat negara dan antarabangsa;
  • Menyelaras dasar-dasar nasional yang menyentuh isu-isu merentasi semua sub sektor pertanian dan menjadi fokal/wakil tetap/wakil gantian bagi mesyuarat dasar utama;
  • Menguruskan data sektor agromakanan negara dan menyelaras projek-projek berkaitan statistik agromakanan dan repositori maklumat strategik;
  • Mengesan dan menilai semula pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek bawah Dasar Agromakanan Negara dan Rancangan Malaysia bagi jangka masa 5 tahun;
  • Menyelaras inisiatif berhubung pengurangan kos sara hidup rakyat menerusi pelaksanaan program, insentif dan subsidi berkaitan sektor pertanian terhadap kumpulan sasar bawah kementerian;
  • Menyelaras input kementerian untuk pelbagai majlis dan Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri;
  • Menyelaras urusan kertas Jemaah Menteri dan menyelaras pembentangan laporan tahunan serta penyata kewangan badan-badan berkanun bawah KPKM;
  • Menyedia dan menyelaras kertas, nota, input, ulasan, maklumbalas dan taklimat bagi mesyuarat-mesyuarat, soalan parlimen dan ucapan berkaitan Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0);
  • Memantau, menyelaras dan melaporkan pencapaian Minsterial Key Performance Indicator (MPI) dan KPI semua tier Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) di kementerian dan jabatan;
  • Melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Jawatankuasa Kabinet Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) dan Jawatankuasa Eksekutif Sekuriti Makanan Negara (JKESM);
  • Mengurusetiakan dan menyelaras urusan parlimen KPKM; dan
  • Melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon