Alat Kebolehcapaian

logo kpkm
hubungi
maklumbalas
peta
 

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA)

PENGENALAN

Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPKM) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0.

Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR).

SKOP PEMBIAYAAN

Skop pembiayaan ini melibatkan kemudahan pembiayaan di bawah konsep Syariah (Tawarruq) yang melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor agromakanan bagi mengalakkan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR. Antara skop pembiayaan adalah seperti berikut:

  1. Perolehan peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional;

  2. Perolehan teknologi dan sistem yang telah diguna pakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil; dan

  3. Perluasan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi mesti menyumbang kepada peningkatan semasa amalan pertanian.

Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.
 
Tel : 03 - 8000 8000
E-mel Aduan : pro@kpkm.gov.my

FBFBFBFBFBFB
|