Perpustakaan

INFORMASI PERPUSTAKAAN

Latar Belakang

  • Perpustakaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merupakan antara Perpustakaan Khusus paling awal ditubuhkan iaitu pada tahun 1905. 
  • Ketika itu Perpustakaan Kementerian Pertanian berfungsi sebagai biro penerangan hal-hal berkaitan pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Agriculture Federated Malays States).
  • Beberapa Unit Perpustakaan turut ditubuhkan dengan tertubuhnya Jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Pertanian antaranya :
    • Jabatan Parit dan Tali Air (1932)
    • Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh (1953)
    • Pusat Teknologi Makanan Serdang (1966)
    • Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (1968).
  • Peranan Perpustakaan Kementerian juga semakin berkembang selepas Kementerian Pertanian ditubuhkan pada tahun 1955.
  • Pada tahun 2005, Perpustakaan KPKM telah dipindahkan ke bangunan baru di Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya selepas sekian lama beroperasi di Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

 

Objektif

 

  • Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada kakitangan KPKM dan Penyelidik;
  • Menggalakkan Budaya Membaca dan Mencintai Ilmu Pengetahuan dalam Kalangan Kakitangan KPKM.

 

Fungsi

 

  • Membina dan Memperkaya Koleksi Sumber Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk Tujuan Rujukan dan Penyelidikan;
  • Mengumpul, Mendokumentasi dan Menyebarkan Koleksi Perpustakaan  dalam Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Menyokong Pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara (DAN); dan
  • Pusat Repositori Terbitan-terbitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

 

Piagam Pelanggan

 

  • Membekalkan maklumat yang tepat dan terkini mengikut  keperluan pengguna dalam masa tiga hari.
  • Memproses bahan mengikut format & Standard Antarabangsa bagi menyokong Pangkalan Data Kebangsaan dalam masa tiga hari.
WAKTU PEMBUKAAN
Isnin - Jumaat

8.30 pagi - 4.30 petang

Ditutup setiap hari Jumaat bermula 12.15 t/hari hingga 2.45 petang

Hari Minggu & Cuti Umum
TUTUP

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Unit Perpustakaan, Bahagian Pentadbiran

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Aras 4, Blok Podium 4G1, Wisma Tani

No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya

Tel : 03-8870 1786 (Ketua Unit Perpustakaan) / 03-8870 1772 (Kaunter)

Faks : 03-8889 5239

Email : library@kpkm.gov.my 

Perkhidmatan Kaunter

Perkhidmatan ini disediakan kepada semua kakitangan KPKM seperti berikut :

  • Pinjaman Koleksi
  • Pemulangan Koleksi
  • Pembaharuan Pinjaman Koleksi
  • Semakan Status Keahlian dan Pinjaman
  • Tempahan Ruang Perpustakaan
  • Khidmat Nasihat Penggunaan

 

Perkhidmatan MyLib2U@Lobi KPKM

Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pegawai dan kakitangan KPKM/ jabatan/agensi  untuk membuat pinjaman dan pemulangan bahan serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh perpustakaan secara bulanan. Perkhidmatan MyLib 2U diadakan di lobi utama KPKM.

 

Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan

Disediakan kepada semua kakitangan KPKM untuk mendapatkan khidmat bantuan bahan dan maklumat dalam pelbagai bidang khususnya Bidang Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

 

OPAC (Online Public Access Catalog)

Disediakan untuk membantu pencarian bahan perpustakaan yang lebih efektif dan mudah.

 

Pangkalan Data LawNet

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna perpustakaan mengakses maklumat berkaitan perundangan secara dalam talian. Akses pangkalan data ini adalah terhad kepada pengguna dalaman di bangunan KPKM sahaja.

 

Pangkalan Data u-Pustaka

Perkhidmatan ini menghimpunkan pangkalan-pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia melalui portal u-Pustaka. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui pendaftaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Pengguna boleh meminjam bahan-bahan perpustakaan yang tidak terdapat dalam koleksi Perpustakaan KPKM dari perpustakaan luar yang berdaftar dengan perkhidmatan ini. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan.

Ruang Bacaan Umum

Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum orang 212 pengguna.

 

Ruang Bacaan Santai

Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum orang 15 pengguna.

 

Bilik Mesyuarat

Perpustakaan KPKM menyediakan Bilik Mesyuarat kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi yang boleh menampung seramai 15 orang dalam satu-satu masa.

 

Ruang Perpustakaan dan Bilik Tayangan

Perpustakaan KPKM menyediakan Ruang Perpustakaan dan Bilik Tayangan bagi kegunaan Seminar/Kursus/Bengkel kepada warga kementerian/Jabatan/Agensi/ yang boleh menempatkan seramai 40 orang peserta dalam satu-satu masa.

 

Ruang Pameran Bertema

Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah KPKM.

 

WiFi

Kemudahan wifi yang membolehkan akses kepada Internet dengan cepat dan mudah di Perpustakaan.

 

Almari Loker

Kemudahan Almari Loker ini diberikan kepada pengguna Perpustakaan untuk penyimpanan bahan peribadi seperti beg, laptop dan sebagainya.

Koleksi Perpustakaan KPKM terdiri daripada bahan-bahan berasaskan tajuk perkara pertanian dan keterjaminan makanan yang dikhususkan untuk pinjaman dan rujukan warga KPKM. Pengguna dan penyelidik khususnya daripada luar kementerian hanya dibenarkan membuat rujukan bagi koleksi yang terdapat di perpustakaan ini.

Bahan-bahan di perpustakaan disusun di rak mengikut Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) dan di tempatkan mengikut lokasi kategori bahan.

 

Koleksi Pinjaman

Koleksi monograf atau buku. Pinjaman dibenarkan untuk warga KPKM sahaja.

 

Koleksi Rujukan

Koleksi ensiklopedia, kamus, direktori, almanak dan koleksi rujukan terhad.

 

Koleksi Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)

Koleksi terbitan FAO.

 

Koleksi Jurnal

Koleksi Jurnal dalam dan luar negara.

 

Koleksi Majalah

Koleksi majalah terkini terbitan dalam dan luar negara.

 

Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid

Koleksi Jurnal, Majalah yang telah dijilid mengikut tahun.

 

Koleksi Artikel Akhbar

Koleksi berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan.

 

Koleksi Laporan Tahunan

Koleksi laporan tahunan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

 

Koleksi Peperiksaan Kerajaan

Khusus untuk keperluan peperiksaan dalam perkhidmatan warga KPKM.

 

Koleksi Fiksyen

Koleksi fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

 

Koleksi Media

Koleksi audio visual dalam bentuk cakera padat, kaset video dan pita kaset. 

Laman ini memaparkan himpunan pautan sumber digital atau sumber elektronik percuma yang dikongsi oleh agensi-agensi seluruh dunia seperti Perpustakaan Negara, Universiti Putra Malaysia dan sebagainya. Ianya disusun dan di indeks secara berabjad.

 

2.1 Sumber Digital Langganan Perpustakaan KPKM

Sumber Digital / URL Keterangan Status Akses
Lawnet Pangkalan data undang-undang

Akses Terhad

 

Sumber Digital Pelbagai

ID dan password perlu sama

Sumber Digital / URL Keterangan Status Akses
Portal u-Pustaka Pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia

Daftar melalui u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia

AGRIS Database (FAO) Pangkalan data Food and Agriculture Organisation (FAO) Akses terbuka
AGRIS Database (Malaysia) Pangkalan data Universiti Pertanian Malaysia

Akses terbuka

MyAGRIC Portal Maklumat Pertanian Malaysia Akses terbuka
E-Buku Menyediakan bahan bacaan berbentuk digital yang boleh diakses melalui pelbagai peranti Akses terbuka
E-Keratan Akhbar Koleksi maklumat digital terkini berkaitan pertanian, penternakan, peladangan dan perikanan. Akses terbuka
E-Buletin Koleksi maklumat buletin berbentuk digital daripada Kementerian/Jabatan/Agensi Akses terbuka 
E-Laporan Koleksi laporan yang telah dihadiri oleh pegawai kementerian/jabatan semasa lawatan, kursus, mesyuarat dan seminar di luar negara Akses terbuka
E-Pameran Maya Koleksi pelbagai maklumat isu-isu semasa dan terkini Akses terbuka

Polisi Pinjaman dan Pembaharuan Pinjaman untuk semua warga KPKM, DOA, DOF dan DVS.

Kategori Pengguna Koleksi Pinjaman, Fiksyen & Peperiksaan   Koleksi Rujukan, Jurnal & Laporan

Pengurusan dan Profesional

(Gred 41-54)

4 naskhah / 30 hari

3 kali pembaharuan

1 naskhah / 14 hari

Tiada pembaharuan

Sokongan

(Gred 40 dan ke bawah)

4 naskhah / 30 hari

3 kali pembaharuan

1 naskhah / 14 hari

Tiada pembaharuan

Pengguna Luar Rujukan di perpustakaan sahaja

 

** Keterangan lanjut sila hubungi pegawai bertugas di kaunter atau Pegawai Seksyen Perkhidmatan

 

Peraturan Am

 

Menggunakan Kad Kakitangan ketika membuat pinjaman koleksi

 

Meletakkan koleksi ke troli atau menyusun kembali ke rak asal setelah membacanya

     
 

 Tempahan selewat-lewatnya TIGA (3) hari sebelum penggunaan ruang perpusakaan

 

Membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan

     

 

Memulangkan koleksi pinjaman sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan

 

Dilarang menanda, menconteng, melipat, menggunting dan merosakkan koleksi perpustakaan

 

 

 

Dilarang membawa masuk beg

 

Dilarang mengalihkan perabot perpustakaan

     
 

Dilarang membawa koleksi perpustakaan tanpa rekod

 

Dilarang makan dan minum di ruang bacaan umum

     
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon