Program Agropreneur Muda

Pengenalan

           

Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

 

 

Objektif Program

           

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:


 

  1. Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

 

Kumpulan Sasar

           

Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda.

 

 

Skop Program

           

Skop utama Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

 

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Makanan Dan Asas Tani (Produk hiliran berasaskan pertanian) 
  5. Agroteknologi

Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda (PAM) 

 

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai PAM adalah seperti berikut:

 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun; dan
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis.

 

Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) 

 

  1. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; 
  2. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
  3. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal;
  4. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; 
  5. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, tanah tol, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik dan perlu dimatikan setem, perjanjian sewaan juga perlu masih berkuatkuasa, bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia perlu disertakan sijil kematian).
  6. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon;dan
  7. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.

 

Semua permohonan dikehendaki menggunakan Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda (Lampiran 2: Borang Permohonan UAM) yang boleh didapati secara dalam talian (website) Kementerian atau melalui pejabat-pejabat jabatan / agensi di bawah Kementerian.

 

1. Permohonan Geran :

Bagi permohonan geran, pemohon perlulah melengkapkan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda berserta salinan kad pengenalan yang disahkan dan gambar terkini berukuran pasport;
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk senarai semak pada Lampiran 1: Penyediaan Rancangan Perniagaan);
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda perlu disertakan anggaran Sebut Harga yang disahkan oleh jabatan/ agensi pembimbing;
  4. Salinan sijil kursus yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian, bagi projek baharu sahaja;
  5. Projek sedia ada yang berkaitan dengan permohonan Geran tidak perlu menghadiri kursus yang dianjurkan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian;
  6. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian; dan
  7. Permohonan hendaklah diserahkan di pejabat jabatan/agensi daerah di bawah Kementerian atau negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah atau Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang terdekat.  

 

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA

PECAHAN JABATAN/AGENSI MENGIKUTSKOP BANTUAN

Jenis Bantuan

Dua (2) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:

 

1.  Geran Agropreneur Muda (GAM) 

Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.

2.  Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan 

Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.

 

Bantuan Peluang Kedua

Bantuan Peluang Kedua bertujuan membantu penerima Geran Agropreneur Muda untuk meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana.

>> SOALAN LAZIM  (KLIK DISINI)
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon