e-Penyertaan

Polisi e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). MAFI sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Kementerian untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.  

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Soal Slidik Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook dan Twitter.

 

Oleh yang demikian, MAFI amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’,‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/ topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Seranta Awam Atas Talian adalah inisiatif Kerajaan dalam memberikan ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak.

Sehubungan itu, laman web ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang/dasar di bawah seliaan Kementerian ini. Draf tersebut akan dipaparkan pada laman web ini dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.

 

Senarai e-Penyertaan

Bil Tajuk Tempoh Status Hasil Maklum Balas
1. Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

1 Januari 2023 hingga 31 Jun 2023

Tutup Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengalu-alukan maklumbalas / cadangan / pertanyaan anda dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan kami. Saluran yang disediakan adalah melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklumbalas / cadangan / pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Setiap maklumbalas / cadangan / pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Bil

Pengadu

Pertanyaan

Jawapan

1.

Mohd Idzaa bin Mohd Shariff

Aduan berkaitan kandang lembu dan kambing yang berdekatan dengan rumah yang saya duduki sekarang, kandang tersebut sangat busuk dan menganggu saya serta jiran-jiran berdekatan.

Hasil pemeriksaan :

Kandang ternakan lembu fidlot (40 ekor) dan kambing (30 ekor). Lokasi kandang terletak anggaran 20 meter dari rumah awam. Status tanah adalah hak milik individu dan merupakan tanah pertanian.

 

Tindakan yang telah diambil :

Khidmat nasihat telah diberikan oleh pegawai dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat kepada pemilik kandang. Penternak perlu menggunakan produk EM untuk kegunaan mencuci kandang dengan lebih kerap supaya dapat mengurangkan masalah bau yang timbul. Kekerapan penyelenggaraan sistem saliran dan longkang perlu ditingkatkan dan diingatkan supaya memastikan kandang berada dalam keadaan bersih. Pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

 

2.

Muhamed Redzuan bin Mat Yusoof

Aduan berkenaan kacau ganggu dan pencemaran bau akibat dari penternakan kambing biri-biri.

Tindakan pembetulan :

Memberi khidmat nasihat berkenaan cara penternakan yang baik serta cara untuk mengurangkan pencemaran bau.

Mencadangkan agar penternak memindahkan kandang bebiri beliau ke tempat lain yang lebih selamat dan tidak mendatangkan kacau ganggu.

Mencadangkan agar penternak membina reban ayam agar ayamnya tidak masuk ke kawasan rumah jiran sekitar.

 

Tindakan pencegahan :

Pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT) telah mengeluarkan notis amaran kepada penternak tersebut pada 30 Mac 2021. Surat amaran pula telah dikeluarkan oleh MDT pada 4 April 2021.

 

3.

Fmaju Trading

Pencemaran najis ternakan lembu, serta sisa aktiviti ternakan dibuang dan dialirkan ke anak sungai ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran dan risiko wabak penyakit bawaan air kepada para pengunjung yang mandi di aliran sungai tersebut. Oleh demikian, saya berharap pihak Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Selayang dapat menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas aduan saya ini agar tindakan dapat diambil pada segera ke atas aktiviti ternakan lembu di kawasan tersebut.

Semasa pemeriksaan dilakukan pada 2 Jun 2021, hanya terdapat tiga ekor lembu didalam kandang dan kandang tersebut telah di sita oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas kesalahan memasuki dan menjalankan aktiviti di dalam hutan simpan kekal Negeri Selangor. Najis ternakan juga dikumpul didalam guni untuk dijadikan baja.

 

Khidmat nasihat telah diberi oleh pegawai dari PPVD Gombak kepada pekerja ladang untuk memastikan kandang tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan najis tidak mencemar sungai. Tindakan selanjutnya akan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. 

 

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon