Ketersediaan
| Kluster Ketersediaan (KTS) diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan diselaraskan oleh Sekretariat Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), MAFI. KTS dianggotai oleh kementerian/agensi kerajaan, ahli akademia dan pertubuhan bukan kerajaan. Kluster ini berfokuskan kepada dimensi ketersediaan bagi menjamin bekalan makanan yang ditentukan oleh pengeluaran tempatan, stok penimbal dan juga perdagangan. |
Terma Rujukan kluster ini adalah:
Bagi menjamin bekalan makanan dalam negara sentiasa mencukupi, Kerajaan sentiasa komited bagi mempelbagaikan inisiatif berteraskan dimensi sekuriti makanan. Terdapat pelbagai program yang disediakan dalam aspek ketersediaan untuk memenuhi keperluan ini:-
| |
Pembangunan Pertanian Komuniti atau juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Pembangunan pertanian komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Maklumat lanjut, sila klik di sini.
| |
| |
Projek Pertanian Organik merupakan salah satu inisiatif Belanjawan 2021 di bawah Dana Jaminan Makanan yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Projek ini bertujuan untuk mewujudkan aktiviti pertanian bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan melalui kaedah pertanian secara organik yang lebih mesra alam. Pelaksanaan projek adalah melibatkan projek tanaman, ternakan dan akuakultur meliputi kerja awalan, pembangunan dan penyediaan tapak, kemudahan infrastruktur, perolehan mesin dan peralatan serta pembangunan dan pemasaran produk. Golongan sasar yang boleh memohon program ini adalah seperti pertubuhan peladang, usahawan tani, koperasi, usahawan/pembekal, petani, penternak, nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini adalah program penyertaan secara komuniti dengan minimum tiga (3) orang bagi setiap permohonan. Keutamaan diberi kepada pengusaha pertanian sedia ada dan berdaya maju atau pengusaha baru yang komited serta mempunyai tanah atau kawasan untuk menjalankan aktiviti pertanian. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat-pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan MARDI di setiap negeri/daerah. Maklumat lanjut, sila klik di sini. |
Terdapat beberapa indikator yang diguna pakai dalam menentukan status atau tahap pengeluaran makanan negara. Antaranya:-
| |
SSL menerangkan tentang magnitud pengeluaran terhadap penggunaan domestik. Ia menunjukkan setakat mana bekalan domestik dalam negara dihasilkan daripada pengeluaran domestik. SSL yang kurang daripada 100 peratus menunjukkan pengeluaran tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik. Manakala bagi SSL yang mencapai kadar 100 peratus atau lebih menunjukkan pengeluaran domestik adalah mencukupi untuk menampung penggunaan domestik. Maklumat lanjut klik di sini.
| |
| |
PCC merujuk kepada amaun penggunaan makanan oleh setiap penduduk dalam setahun. PCC diukur dalam kilogram dan gram sehari. | |
| |
Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai eksport dan import. Apabila eksport melebihi import, lebihan direkodkan manakala defisit pula dicatatkan apabila import melebihi eksport.
| |
| |
Dari segi konsep KDNK boleh dikira menerusi tiga (3) pendekatan utama iaitu pengeluaran, perbelanjaan dan pendapatan seperti berikut:-
|
PENERBITAN