Perpustakaan

INFORMASI PERPUSTAKAAN

Latar Belakang

  • Perpustakaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) merupakan antara Perpustakaan Khusus paling awal ditubuhkan iaitu pada tahun 1905. 
  • Ketika itu Perpustakaan Kementerian Pertanian berfungsi sebagai biro penerangan hal-hal berkaitan pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Agriculture Federated Malays States).
  • Beberapa Unit Perpustakaan turut ditubuhkan dengan tertubuhnya Jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Pertanian antaranya :
    • Jabatan Parit dan Tali Air (1932)
    • Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh (1953)
    • Pusat Teknologi Makanan Serdang (1966)
    • Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (1968).
  • Peranan Perpustakaan Kementerian juga semakin berkembang selepas Kementerian Pertanian ditubuhkan pada tahun 1955.
  • Pada tahun 2005, Perpustakaan MAFI telah dipindahkan ke bangunan baru di Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya selepas sekian lama beroperasi di Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

 

Objektif

 

  • Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Industri Makanan kepada kakitangan MAFI dan Penyelidik;
  • Menggalakkan Budaya Membaca dan Mencintai Ilmu Pengetahuan dalam Kalangan Kakitangan MAFI.

 

Fungsi

 

  • Membina dan Memperkaya Koleksi Sumber Maklumat dalam Bidang Pertanian dan Industri Makanan untuk Tujuan Rujukan dan Penyelidikan;
  • Mengumpul, Mendokumentasi dan Menyebarkan Koleksi Perpustakaan  dalam Bidang Pertanian dan Industri Makanan bagi Menyokong Pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara (DAN); dan
  • Pusat Repositori Terbitan-terbitan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

 

Piagam Pelanggan

 

  • Membekalkan maklumat yang tepat dan terkini mengikut  keperluan pengguna dalam masa tiga hari.
  • Memproses bahan mengikut format & Standard Antarabangsa bagi menyokong Pangkalan Data Kebangsaan dalam masa tiga hari.
WAKTU PEMBUKAAN
Isnin - Jumaat

8.30 pagi - 4.30 petang

Ditutup setiap hari Jumaat bermula 12.15 t/hari hingga 2.45 petang

Hari Minggu & Cuti Umum
TUTUP

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Unit Perpustakaan, Bahagian Pentadbiran

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Aras 4, Blok Podium 4G1, Wisma Tani

No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya

Tel : 03-8870 1786 (Ketua Unit Perpustakaan) / 03-8870 1772 (Kaunter)

Faks : 03-8889 5239

Email : library@mafi.gov.my 

Perkhidmatan Kaunter

Perkhidmatan ini disediakan kepada semua kakitangan MAFI seperti berikut :

  • Pinjaman Koleksi
  • Pemulangan Koleksi
  • Pembaharuan Pinjaman Koleksi
  • Semakan Status Keahlian dan Pinjaman
  • Tempahan Ruang Perpustakaan
  • Khidmat Nasihat Penggunaan

 

Perkhidmatan 'MyLib 2U'

Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada kakitangan MAFI untuk membuat pinjaman bahan secara terus dari tempat kerja. Perkhidmatan 'MyLib 2U' dijalankan secara berjadual ke bahagian-bahagian di MAFI.

 

Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan

Disediakan kepada semua kakitangan MAFI untuk mendapatkan khidmat bantuan bahan dan maklumat dalam pelbagai bidang khususnya Bidang Pertanian dan Industri Makanan.

 

OPAC (Online Publica Access Catalog)

Disediakan untuk membantu pencarian bahan perpustakaan yang lebih efektif dan mudah.

 

Pangkalan Data LawNet

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna perpustakaan mengakses maklumat berkaitan perundangan secara dalam talian.

ID : tani1 / tani2

Password : tani01 / tani02

 

Pangkalan Data u-Pustaka

Perkhidmatan ini menghimpunkan pangkalan-pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia melalui portal u-Pustaka. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui pendaftaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Pengguna boleh meminjam bahan-bahan perpustakaan yang tidak terdapat dalam koleksi Perpustakaan MAFI dari perpustakaan luar yang berdaftar dengan perkhidmatan ini. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan.

 

Perkhidmatan Salinan Bahan

Perkhidmatan ini disediakan sebagai kemudahan kepada pengguna perpustakaan untuk membuat salinan bahan-bahan perpustakaan khususnya bahan rujukan dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan.

Ruang Bacaan Umum

Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum orang 212 pengguna.

 

Ruang Bacaan Santai

Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum orang 15 pengguna.

 

Ruang Seminar/Kursus

Kemudahan mengadakan seminar dan kursus yang boleh menempatkan 36 orang peserta.

 

Ruang Pameran Bertema

Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah MAFI.

 

Wifi

Kemudahan internet tanpa wayar.

 

Bagasi Pengguna

Kemudahan penyimpanan barangan peribadi pengguna.

 

Kapasiti Pengguna

Bil. Kemudahan Pengguna
1 Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan) 212
2 Ruang Bacaan Santai (Sofa) 16
3 Ruang Seminar/Kursus 36
  JUMLAH 264

 

Koleksi perpustakaan MAFI terdiri daripada bahan-bahan berasaskan tajuk perkara pertanian dan industri makanan yang dikhususkan untuk pinjaman dan rujukan warga MAFI. Pengguna dan penyelidik khususnya daripada luar kementerian hanya dibenarkan membuat rujukan bagi koleksi yang terdapat di perpustakaan ini.

Bahan-bahan di perpustakaan disusun di rak mengikut Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) dan di tempatkan mengikut lokasi kategori bahan.

 

Koleksi Pinjaman

Koleksi monograf atau buku. Pinjaman dibenarkan untuk warga MAFI sahaja.

 

Koleksi Rujukan

Koleksi ensiklopedia, kamus, direktori, almanak dan koleksi rujukan terhad.

 

Koleksi Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)

Koleksi terbitan FAO.

 

Koleksi Jurnal

Koleksi Jurnal dalam dan luar negara.

 

Koleksi Majalah

Koleksi majalah terkini terbitan dalam dan luar negara.

 

Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid

Koleksi Jurnal, Majalah yang telah dijilid mengikut tahun.

 

Koleksi Artikel Akhbar

Koleksi berkaitan pertanian dan industri makanan.

 

Koleksi Laporan Tahunan

Koleksi laporan tahunan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

 

Koleksi Peperiksaan Kerajaan

Khusus untuk keperluan peperiksaan dalam perkhidmatan warga MAFI.

 

Koleksi Fiksyen

Koleksi fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

 

Koleksi Perundangan

Koleksi warta kerajaan dan pekeliling

 

Koleksi Media

Koleksi audio visual dalam bentuk disk. 

Laman ini memaparkan himpunan pautan sumber digital atau sumber elektronik percuma yang dikongsi oleh agensi-agensi seluruh dunia seperti Perpustakaan Negara, Universiti Putra Malaysia dan sebagainya. Ianya disusun dan di indeks secara berabjad.

 

Sumber Digital Langganan MAFI

Sumber Digital / URL Keterangan Status Akses
Lawnet Pangkalan data undang-undang

ID : tani1 / tani2

Password : tani01 / tani02

 

Sumber Digital Pelbagai

Sumber Digital / URL Keterangan Status Akses
AGRIS Database (FAO) Pangkalan data FAO

Akses terbuka

AGRIS Database (Malaysia) Pangkalan data Universiti Pertanian Malaysia Akses terbuka
BLIS (Bernama Library Infolink Service)

Berita, maklumat, pembekal, biografi, ucapan, laporan, bank data, statistik, direktori, kalendar.

ID dan password perlu sama

ID : mylib01 - mylib20

Password : mylib01 - mylib20

Brosur Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia e-Brosur Akses terbuka
MALRep (Malaysia Academic Library Institutional Repository Pangkalan data Akses terbuka
MyAGRIC Portal Pangkalan data pertanian Malaysia Akses terbuka
MyTO (Malaysian Thesis Online) Disertasi & thesis  
OverDrive e-Buku Library Card No : pnm001 - pnm999
PDF Drive e-Buku Akses terbuka
Penerbitan JAKIM e-Buku, bulletin, laporan, risalah, jurnal, majalah Akses terbuka
Penerbitan MAMPU e-Buku, bulletin, laporan, soal jawab parlimen, kertas pembentangan dan ringkasan pengurusan penyelidikan Akses terbuka
UNIMAS Repository Digital Artikel, surat khabar, buku, majalah, bengkel & seminar, thesis, bahan pengajaran, gambar, video dsb Akses terbuka
UPSI Repositori Digital Artikel, buku, bengkel & seminar, thesis, bahan pengajaran Akses terbuka
u-Pustaka Pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia  
Warta Persekutuan Jabatan Peguam Negara e-Warta Akses terbuka
Zinio e-Majalah Daftar melalui u-Pustaka

Polisi Pinjaman dan Pembaharuan Pinjaman untuk semua warga MAFI, DOA, DOF dan DVS.

Kategori Pengguna Koleksi Pinjaman, Fiksyen   Koleksi Rujukan, Jurnal, Laporan, Peperiksaan

Pengurusan dan Profesional

(Gred 41-54)

4 naskhah / 30 hari

1 kali pembaharuan

1 naskhah / 14 hari

Tiada pembaharuan

Sokongan

(Gred 40 dan ke bawah)

4 naskhah / 30 hari

1 kali pembaharuan

1 naskhah / 14 hari

Tiada pembaharuan

Pengguna Luar Rujukan di perpustakaan sahaja

 

** Keterangan lanjut sila hubungi pegawai bertugas di kaunter atau Pegawai Seksyen Perkhidmatan

 

Peraturan Am

 

Menggunakan Kad Kakitangan ketika membuat pinjaman koleksi

 

Meletakkan koleksi ke troli atau menyusun kembali ke rak asal setelah membacanya

     
 

 Tempahan selewat-lewatnya TIGA (3) hari sebelum penggunaan ruang perpusakaan

 

Pengguna yang membuat Salinan fotostat adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas AKTA HAKCIPTA 1987

     

 

Memulangkan koleksi pinjaman sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan

 

Membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan

 

 

 

Dilarang membawa masuk beg

 

Dilarang mengalihkan perabot perpustakaan

     
 

Dilarang membawa koleksi perpustakaan tanpa rekod

 

Dilarang makan dan minum di ruang bacaan umum

     

 

 

 

Dilarang menanda, menconteng, melipat, menggunting dan merosakkan koleksi perpustakaan

 

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon
  • myGovernment icon