Secretary General Message
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/
PENERBITAN MONOGRAF PENYELIDIKAN 2023
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara (IPN), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menerbitkan enam (6) monograf penyelidikan seperti berikut:
(a) Integrated Trustworthy Framework in Digital Auditing: Readiness of Public Sector Accountants and Auditors;
(b) Financial Management in the Malaysian Public Sector: The Dynamic of Accrual Accounting in Two Hybrid
Statutory Bodies’ Administration;
(c) Oil Rents and Primary Government Expenditure Budget;
(d) Professional Scepticism Among Accountants in the Public Sector;
(e) Integrated Reporting Enabler and Challenges in Local Authorities of Malaysia; dan
(f) Corporate Governance and Sustainable Development Practice Between Public Sector Companies in
Malaysia and Developed Countries - A Comparative Analysis.
4. Semoga kita mendapat manfaat daripada monograf penyelidikan yang telah dihasilkan.
5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh dirujuk kepada pegawai seperti berikut:
Anati Zawana binti Rahmat
03 - 8324 4406 / 019 - 358 2404
anati.rahmat@anm.gov.my
Siti Munirah binti Ab Magid
03 - 8324 4409 / 019 – 554 8362
munirah.magid@anm.gov.my
Talian Am IPNCPD
03 - 8324 4400
research@anm.gov.my
Sekian, terima kasih.
Urus Setia
Unit Pembangunan Penyelidikan
Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD)
Institut Perakaunan Negara
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 1, Menara 2, Wisma Mustapha Kamal
Neocyber, Cyber 12
63000 Cyberjaya
Selangor
No. Tel: 03-8324 4400
Lampiran :
1) SURAT EDARAN HEBAHAN KURSUS SISTEM PENGUATKUASAAN AKTA WANG TAK DITUNTUT Terkini
2) MANUAL PENGGUNA LATIHAN EDARAN Terkini
Lain-lain :
1) PEKELILING DAN SURAT PEKELILING
3) MALAYSIA PUBLIC SECTOR ACCOUNTING STANDARD (MPSAS)
4) FAQ Perbendaharaan Malaysia (Treasury)
5) Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Terkini
6) Penambahbaikan ke Atas Arahan Pembayaran Tanpa PT Terkini
Senarai Semak Pembayaran Pejabat Perakaunan
Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia
Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Bagi Pembayaran Kerajaan
Garis Panduan bagi Pemohonan Tenaga Pengajar IPN
1) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
2) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
3) Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD) JANM
4) Perbendaharaan Malaysia (Treasury)
5) Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Soalan:
Di mana download borang iGFMAS pengguna PTJ?
Jawapan:
Sila muat turun di:
- Borang Permohonan Capaian Pengguna Dan Had Kuasa Pusat Tanggungjawab (PTJ)
- Borang Capaian Pengguna iGFMAS
6) SUB Unit Dokumen Akaun Terimaan
Soalan:
Bilakah Penyata Dokumen Akaun Terimaan (DAT) bulanan perlu diserah kepada Pejabat Perakaunan?
Jawapan:
"Selaras dengan AP 145, Penyata Dokumen Akaun Terimaan perlu diserah pada Bahagian Akaun Kementerian selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.
Sekiranya tiada terimaan pada bulan berkenaan catatkan “tiada terimaan” pada penyata tersebut."
Soalan:
Adakah DAT Kew 253 dan dokumen lain seperti resit batal/ laporan resit batal / kew 67/ kew 68 masih perlu dihantar secara hardcopy?
Jawapan:
"Bermula pada 1 April 2022, penghantaran DAT adalah melalui sistem iAREF. Oleh yang demikian, Kew 253E tidak perlu dihantar secara “hardcopy” kerana sistem iAREF akan menjana secara Auto selepas tindakan Auditi Pengesah. PTJ juga perlu “upload” dokumen yang berkaitan dalam Sistem iAREF untuk semakan.
Hanya Resit Rasmi Asal yang dibatal, Kew 38-salinan audit dan Kew. 67 & 68 perlu dihantar secara “hardcopy” kepada Bahagian Akaun Kementerian."
7) Unit Akaun/ Dana/ Amanah/ Deposit/ Terimaan
Soalan:
Bilakah PTJ perlu membuat permohonan dana?
Jawapan:
PTJ perlu menghantar permohonan dana ke emel unitakaun@kpkm.gov.my sekiranya terdapat transaksi melebihi RM 10 Juta sekurang-kurangnya tiga hari bekerja sebelum baucar Arahan Pembayaran tersebut diperaku dua.
Soalan:
Apakah tindakan yang perlu PTJ lakukan sekiranya PTJ ingin memohon menggunakan Akaun Terimaan Tidak Diperuntukkan (ATTD)?
Jawapan:
Sekiranya PTJ mempunyai perancangan untuk membuka akaun Amanah / ATTD, permohonan tersebut boleh dihantar dengan mengisi Lampiran B1, SPANM Bil. 4 2021 ke Unit Akaun untuk dikemukakan ke pihak BPOPA, ANM. Adakah PTJ boleh membelanjakan dana yang diterima melalui ATTD? Sekiranya terdapat pembayaran segera perlu dibuat menggunakan dana ATTD, sila pohon kelulusan Perbendaharaan untuk membuat perbelanjaan daripada ATTD ini.
Soalan:
Apakah laporan bulanan yang perlu dikemukakan pada Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan?
Jawapan:
"PTJ perlu mengemukakan laporan berikut setiap bulan ke Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan:
- Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah (bagi pemegang akaun Amanah di bawah Segmen C1 sahaja).
- Sijil Pengesahan Baki Mengikut Laporan Vot / Dana Mengurus (semua PTJ dibawah AO 1108 sahaja).
- Sijil Pengesahan Baki Mengikut Laporan Vot / Dana Pembangunan (semua PTJ dibawah AO 1108 sahaja).
- Sijil Pengesahan Baki Terimaan (semua PTJ dibawah AO 1108 sahaja).
- Sijil Pengesahan Baki Akaun Deposit Terimaan (semua PTJ yang mempunyai Akaun Deposit di bawah Segmen C1)."
Soalan:
Apakah perbezaan Dokumen Akuan Terimaan (DAT) dengan Sijil Pengesahan Baki Terimaan?
Jawapan:
"DAT merujuk kepada Laporan Hasil berdasarkan nombor Resit yang dijana manakala Sijil Pengesahan Baki Terimaan merujuk kepada Laporan Hasil yang diterima di PTJ tersebut berdasarkan Buku Tunai Cerakinan dan Laporan Hasil Mengikut Kod Akaun. Laporan DAT perlu dihantar ke Unit Naziran DAT melalui sistem iAref, manakala Sijil Pengesahan Baki Terimaan dihantar secara manual ke Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan. Namun begitu, kedua-dua laporan tersebut perlu dihantar oleh PTJ selewatnya-lewatnya pada hari kesepuluh bulan berikutnya, setiap bulan."
Soalan:
Saya ada membuat permohonan pinjaman dengan kerajaan, bagaimana saya ingin menyemak baki pinjaman saya?
Jawapan:
Peminjam boleh menyemak baki pinjaman di https://epenyatapinjaman.anm.gov.my/layouts/login.aspx . Selain itu, peminjam juga boleh membuat permohonan untuk menyemak baki pinjaman bagi tujuan penyelesaian penuh ke Unit Akaun / Dana / Amanah / Deposit / Terimaan melalui emel unitakaun@mafi.gov.my .
Soalan:
PTJ kami menerima terimaan daripada Akaun Bank KPKM, bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan transaksi ini?
Jawapan:
PTJ perlu menghantar emel permohonan salinan baucar bayaran ke unitakaun@mafi.gov.my dengan mengemukakan sekurang-kurangnya nombor EFT dan jumlah transaksi yang terlibat. https://drive.google.com/open?id=1AnQmxDsIaKOL3cpUM_0ZhjnQHJUUaHim
8) SUB Unit Naziran
Soalan:
Bilakah Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan akan dibuat di Jabatan/PTJ?
Jawapan:
Bahagian Akaun akan memaklumkan tarikh naziran kepada Jabatan/PTJ yang berkenaan melalui sistem iAREF selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh naziran.
Soalan:
Bilakah Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan akan dikemukakan kepada PTJ yang dinazir?
Jawapan:
Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan akan dikemukakan kepada PTJ yang terlibat melalui sistem iAREF dalam tempoh 14 hari dari tarikh "exit meeting" naziran.
Soalan:
Bilakah PTJ perlu mengemukakan Maklumbalas kepada Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun?
Jawapan:
PTJ perlu mengemukakan Maklumbalas kepada Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan melalui sistem iAREF dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Laporan Naziran tersebut.
9) Unit Perakaunan Pengurusan
Soalan:
Apakah Perakaunan Pengurusan?
Jawapan:
Perakaunan Pengurusan (juga dikenali sebagai SMARt) merupakan satu mekanisme berstruktur yang mengenal pasti, mengukur, menganalisis dan menyampaikan maklumat kewangan dan bukan kewangan kepada pembuat keputusan bagi membantu mereka merancang, menilai dan mengawal penggunaan sumber secara strategik. https://drive.google.com/open?id=1O0KE31l6sKmZL8ctIbiBP_daqjkyv-L2
10) Unit Gaji
Soalan:
Dimanakah sumber rujukan berkaitan gaji boleh didapati?
Jawapan:
https://www.jpa.gov.my/soalan-lazim-sm/gaji-dan-elaun/gaji
Soalan:
Siapakah yang layak menerima Elaun Perumahan Wilayah?
Jawapan:
Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak.
Bagi Pegawai yang berasal dari semenanjung berdasarkan Wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai dengan mengisi borang.Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001.Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000
Soalan:
Bagaimanakah pergerakan gaji tahunan dibayar? Jika kenaikan gaji pada 1.1, bolehkah tuntutan elaun lebih masa mengikut kadar sejam bagi tangga gaji baru yang belum di terima?
Jawapan:
Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan berdasarkan prestasi perkhidmatan melalui Laporan Penilaian Prestasi Tahunan(LPPT) dan pergerakan gaji akan di bayar setelah mendapat keputusan panel. Pegawai boleh membuat tuntutan setelah mendapat kenaikan gaji terlebih dahulu dan pelarasan balik dibuat setelah menerima kenaikan gaji.
Soalan:
Apabila pegawai bertukar masuk, bilakah bayaran gaji akan dibuat di tempat baru bertugas?
Jawapan:
Pembayaran gaji/emolumen bagi pegawai yang bertukar masuk daripada pusat perakaunan lain/luar negeri akan dibuat setelah pihak jabatan menerima sijil gaji akhir (LPC) , buku perkhidmatan daripada tempat bertugas terdahulu dan bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan lengkap.
Rujukan: Arahan Perbendaharaan Peraturan JANM kuatkuasa.
Soalan:
Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius?
Jawapan:
Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya.
Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.
Soalan:
Apakah peranan Ketua Jabatan jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius?
Jawapan:
Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya.
Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil.
Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.
Nombor Hotline / Helpdesk:
Nama | Nombor Telefon |
Noraida binti Alias C.A.(M), CPFA (UK) | 03-88701181 |
Mohamad Zamri bin Yahaya C.A.(M) | 03-88701942 |
Hasnah binti Suradi | 03-88701908 |
Nur Surianti binti Harondin | 03-88701925 |
Fared Kamil bin Baharum | 03-88701888 |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : helpdesk.akaun@kpkm.gov.my
IGFMAS Liason Change Officer - LCA:
Nama | Nombor Telefon |
Yazid bin Abd Razak | 03-88701916 |
Noor Azlin binti Abdul Aziz | 03-88701905 |