Corporate Communication Unit

Objektif

  • Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
  • Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
  • Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
  • Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

 

Fungsi

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
  • Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian, Jabatan dan Agensi.
  • Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian.
  • Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian, Jabatan dan Agensi.
  • Membantu Kementerian dalam urusan penerbitan bahan-bahan bercetak.
  • Menyelaras permohonan lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian.
  • Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
  • Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

  1. Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian/ Jabatan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan :
 Surat Kepada Pengarang (SKP)  24 hingga 72 jam bekerja          
 Sistem aduan online/emel/blog  14 hari bekerja
 SMS/Telefon/Surat/Faks  14 hari bekerja
 Hari Bertemu Pelanggan/Hadir  14 hari bekerja
 Biro Pengaduan Awam (BPA)  5 hari bekerja
 Web 1 Malaysia  10 hari bekerja
 PEMUDAH/Portal MyGovt   3 hari bekerja
 Siasatan lanjut (semua saluran)  Tidak melebihi 30 hari
 Pertanyaan awam  4 hari bekerja
  1. Memastikan promosi dan publisiti bagi setiap aktiviti dan program Kementerian/Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dilaksanakan dengan meluas, jelas dan tepat melalui :
 Flyer  1 minggu sebelum majlis
 Bunting/Banner                1 minggu sebelum majlis
 Iklan  2 minggu sebelum majlis
  1. Memantau dan mengemaskini isi kandungan laman web Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam masa 3 hari bekerja.
  2. Memastikan Nota Kepada Pengarang (Jemputan Media) dibuat 1 hari sebelum program/aktiviti dilaksanakan.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon