Corporate Communication Unit
Objektif
- Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
- Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
- Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
- Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Fungsi
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
- Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian, Jabatan dan Agensi.
- Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
- Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian.
- Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian, Jabatan dan Agensi.
- Membantu Kementerian dalam urusan penerbitan bahan-bahan bercetak.
- Menyelaras permohonan lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian.
- Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
- Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :
- Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian/ Jabatan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan :
Surat Kepada Pengarang (SKP) | 24 hingga 72 jam bekerja |
Sistem aduan online/emel/blog | 14 hari bekerja |
SMS/Telefon/Surat/Faks | 14 hari bekerja |
Hari Bertemu Pelanggan/Hadir | 14 hari bekerja |
Biro Pengaduan Awam (BPA) | 5 hari bekerja |
Web 1 Malaysia | 10 hari bekerja |
PEMUDAH/Portal MyGovt | 3 hari bekerja |
Siasatan lanjut (semua saluran) | Tidak melebihi 30 hari |
Pertanyaan awam | 4 hari bekerja |
- Memastikan promosi dan publisiti bagi setiap aktiviti dan program Kementerian/Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dilaksanakan dengan meluas, jelas dan tepat melalui :
Flyer | 1 minggu sebelum majlis |
Bunting/Banner | 1 minggu sebelum majlis |
Iklan | 2 minggu sebelum majlis |
- Memantau dan mengemaskini isi kandungan laman web Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam masa 3 hari bekerja.
- Memastikan Nota Kepada Pengarang (Jemputan Media) dibuat 1 hari sebelum program/aktiviti dilaksanakan.
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.