FAQ Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)


  1. Bagaimanakah cara untuk memohon?

    Borang permohonan boleh didapati melalui agensi pelaksana iaitu Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), DOA Sarawak, DOA Sabah dan pejabat- pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).


  2. Berapakah jumlah bantuan yang diberikan untuk permohonan Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)?

    Kerajaan menyediakan bantuan geran pemadanan maksimum sebanyak RM200,000 bagi setiap permohonan. (Contoh : Permohonan untuk membeli peralatan seperti mesin pemprosesan produk sejuk beku makanan; Kos projek : RM250,000.00, Nilai Geran Kerajaan (50%) : RM125,000.00, Jumlah yang ditanggung usahawan (50%) : RM125,000.00).


  3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)? Syarat kelayakan:
    1. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]; atau
    2. Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44]; atau
    3. Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah Perlembagaan Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]; atau
    4. Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 503]; atau
    5. Pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Pertubuhan 1966 [Akta 832]; atau
    6. Mempunyai lesen perniagaan; dan
    7. Mempunyai premis perniagaan/lesen premis yang sah.

  4. Bagaimanakah pemilihan peserta dilakukan berdasarkan pencalonan peserta?
    1. Belum pernah diluluskan sebarang bantuan/geran daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
    2. Mengusahakan produk terpilih dan berpotensi menjadi tumpuan pasaran;
    3. Menunjukkan prestasi perniagaan yang baik sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan tidak diisytihar muflis;
    4. Berpotensi ke tahap lebih tinggi jika perusahaan ditingkatkan/mempunyai pelan pengembangan perniagaan yang berupaya direalisasikan; dan
    5. Memiliki ruang pasaran tetap (secured market).

  5. Bilakah tarikh tutup permohonan Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)?

    Permohonan Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.


  6. Apakah bantuan yang ditawarkan jika permohonan ini dibuat? Program ini menyediakan bantuan:
    1. Bimbingan dalam reka bentuk pembungkusan dan pelabelan;
    2. Bimbingan berkaitan kajian pembangunan kualiti produk;
    3. Nasihat pakar dalam peningkatan keupayaan pengeluaran;
    4. Bimbingan dan bantuan ke arah mendapat persijilan.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon