Latihan


  1. Apakah latihan/kursus yang disediakan oleh Jabatan untuk penternak baru dan yang sedang menceburi bidang ternakan lembu tenusu?

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar menganjurkan kursus/latihan berkaitan asas-asas penternakan, pengurusan ekonomi ternakan, pembiakan ternakan dan lain-lain yang dijalankan bagi memastikan ilmu pengetahuan dan kecekapan penternak dapat ditingkatkan. Pengusaha yang berminat boleh memohon melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri masing-masing atau Pejabat Daerah Veterinar yang berdekatan atau Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu yang terdekat bagi menyertai kursus yang dianjurkan.


  2. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat kursus teknikal yang diperlukan?

    Anda boleh merujuk kepada Jabatan / Agensi dibawah MAFS yang terlibat seperti Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Perikanan (DOF), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Selain itu juga, terdapat kursus yang ditawarkan oleh pihak Jabatan atau agensi di bawah MAFS yang boleh dimohon secara atas talian melalui aplikasi Digital Training Information & Management System (https://www.dtims.intan.my).

    Ada juga kursus / latihan dilaksanakan oleh NGO / Jabatan kerajaan dibawah kementerian lain bersama Jabatan / Agensi Teknikal MAFI. Sijil kursus ini juga kami terima.


  3. Boleh ke saya berhenti belajar ketika saya masih lagi di dalam tempoh pengajian di dalam Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) ini sebab saya juga ada memohon untuk menyambung pengajian di institusi pengajian lain?

    Sepanjang tempoh pengajian pelatih akan ditanggung kerajaan dengan makan dan minum, penginapan, keperluan pembelajaran iaitu tools, equipments and materials (TEM) serta diberikan juga elaun bulanan sebanyak RM200 – RM300 sebulan. Permohonan pemberhentian tidak digalakkan namun jika ingin meneruskan pemberhentian itu, permohonan akan diluluskan dengan arahan pembayaran semula kepada kerajaan berdasarkan Surat Perjanjian yang telah ditandatangani pelatih.


  4. Saya adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana kehilangan pendengaran dan memerlukan alat bantuan pendengaran. Saya sangat berminat untuk mengikuti program ini, adakah saya boleh diterima masuk?

    BPKLP menerima permohonan pemohon OKU untuk memasuki program namun bergantung kepada ketidakupayaan yang dibenarkan oleh pengurusan pusat bertauliah yang telah diputuskan oleh BPKLP seperti di bawah:

    Bil. Jenis ketidakupayaan Bidang yang boleh dipohon
    1. Pekak dengan bantuan alat pendengaran Semua bidang
    2. Buta sebelah mata Akua marin sahaja
    3. Gagap Semua bidang kecuali Pemasaran
    4. Sengau Semua bidang kecuali Pemasaran
    5. Buta warna Pemasaran sahaja
    6. Lembam Semua bidang tertakluk kepada keputusan temuduga

  5. Sekiranya saya mendapati saya tidak berminat dengan bidang yang saya sedang ikuti, adakah saya dibenarkan untuk menukar ke bidang lain?

    Penukaran bidang boleh dipohon dalam tempoh 3 minggu selepas pendaftaran tetapi akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan pusat bertauliah dan BPKLP.


  6. Apakah peluang pekerjaan yang ditawarkan selepas saya menamatkan pengajian saya di dalam bidang poltri di Institut Teknologi Unggas?

    PLKPK dibangunkan bertujuan untuk membekalkan tenaga mahir di industri-industri pertanian bagi menggantikan tenaga buruh asing. Namun ada jabatan-jabatan kerajaan yang mempertimbangkan pengambilan pekerja baru yang mempunyai kelayakan SKM sebagai tambah nilai kepada pemohon yang memohon jawatan tersebut.


  7. Bilakah tarikh permohonan dibuka?

    Terdapat dua sesi pengambilan setiap tahun iaitu Sesi Mac dan Sesi September manakala permohonan untuk setiap sesi itu dibuka sepanjang masa sehingga seminggu sebelum tarikh pendaftaran sesi tersebut.


  8. Saya adalah pemohon dari Sabah dan telah ditawarkan bidang Operasi Pengeluaran Tanaman di Kolej Pertanian Malaysia (KPM) Bukit Tangga, Kedah. Adakah penerbangan saya ditanggung oleh kementerian kerana saya tergolong di dalam keluarga B40.

    Setiap pelatih dari Sabah/Sarawak/Labuan yang bersetuju menerima tawaran menyambung pengajian dalam PLKPK di Semenanjung atau sebaliknya, kos penerbangan boleh dituntut dari pusat bertauliah untuk sekali pergi dan sekali balik sepanjang tempoh pengajian.


  9. Anak saya ada menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang. Saya adalah seorang ibu tunggal dan saya difahamkan akan ada lawatan sambil belajar dalam tempoh pengajian ini. Adakah lawatan ini di atas tanggungan ibubapa?

    Lawatan sambil belajar adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan industri kepada para pelatih sebelum mereka masuk ke alam pekerjaan yang sebenar dan lawatan ini akan ditanggung oleh pusat bertauliah.


  10. Adakah anak saya dilindungi dengan sebarang insurans sepanjang pengajian. Saya khuatir dengan keselamatan anak saya yang selalu berada di laut sepanjang pengajiannya.

    Semua pelatih adalah dilindungi dengan insurans takaful kelompok AGROBANK melalui pemotongan dari elaun pelatih sebanyak RM30 sahaja dalam setahun.


  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon