Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

1. MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
 
MBJ atau Majlis Bersama Jabatan adalah landasan bagi saluran dua hala antara pihak pekerja dan pihak pengurusan untuk berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea demi kepentingan dan kebaikan sesuatu organisasi.

Di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, majlis in dianggotai oleh wakil dari pengurusan yang terdiri dari pihak pegawai kementerian dan wakil pihak pekerja yang terdiri dari kumpulan pegawai bawah gred 48.

 

2. TUJUAN
 
Tujuan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ditubuhkan adalah untuk :

  1. Memperolehi kerjasama di antara Pihak Pengurusan MAFI dengan pegawai/kakitangan MAFI dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan proses kerja dan kebajikan Pihak Pekerja seluruhnya;
  2. Mengadakan jentera bagi menguruskan perkara mengenai syarat-syarat bekerja; dan
  3. Mengumpulkan idea dan buah fikiran daripada Pihak Pekerja untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan produktiviti MAFI.
 

3. BIDANG DAN FUNGSI
 
Bidang dan fungsi MBJ hendaklah tertumpu hanya kepada perkara- perkara yang termasuk di dalam bidangkuasa majlis seperti berikut:

  1. Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai perkara-perkara perseorangan;
  2. Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
  3. Menggalakkan kakitangan mengambil bahagian dalam perbincangan dan seterusnya mendapat pengetahuan yang lebih jelas mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
  4. Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki sistem perjalanan organisasi dengan menimbang dan menerima cadangan/syor kakitangan MAFI.
 

4. PERJALANAN MESYUARAT
 

  1. Mesyuarat–mesyuarat majlis hendaklah diadakan tiga (3) bulan sekali iaitu empat (4) kali setahun.
  2. Korum bagi Mesyuarat MBJ hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada 4 (empat) orang dari Pihak Pegawai dan 13 (tiga belas) orang ahli Pihak Pekerja.
  3. Pengerusi mesyuarat MBJ ialah Ketua Setiausaha Kementerian. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat yang telah dijadualkan maka ahli Pihak Pegawai yang terkanan boleh menjadi Pengerusi ganti. Naib Pengerusi MBJ, iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mesyuarat MBJ dalam apa keadaan sekalipun.
 

5. Apakah isu-isu yang boleh dibawa oleh wakil ke MBJ?

Skop isu yang boleh dibincangkan dalam MBJ adalah berkaitan perkara-perkara berikut:-

  1. Hal kebajikan
  2. Hal kewangan
  3. Hal pentadbiran
  4. Skim perkhidmatan dan perjawatan
  5. Elaun dan kemudahan
  6. Hal perkhidmatan
  7. Hal-hal selain dari perkara-perkara yang menyentuh peraturan dan dasar kerajaan dan hal yang berkaitan orang perseorangan dan masalah peribadi
 

6. KEPUTUSAN

  1. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.
  2. Keputusan yang diambil jika tiada hubungan dengan Jabatan lain dan tidak melibatkan dasar Kerajaan bolehlah dilaksanakan terus oleh MAFI. Sebaliknya, jika keputusan Mjalis mempunyai kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun Jabatan-Jabatan lain, ia hendaklah dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Jabatan berkenaan supaya tindakan wajar boleh diambil.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon