Pengenalan

LATAR BELAKANG MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN MENGENAI PERTANIAN DAN PERHUTANAN (AMAF)

  1. Kerjasama ASEAN dalam sektor pertanian dan makanan bermula seawal tahun 1968 dengan kerjasama memfokuskan kepada pengeluaran dan pembekalan makanan. Pada tahun 1977, skop kerjasama telah diperluaskan merangkumi bidang pertanian dan perhutanan. Pada masa ini, bidang khusus di bawah kerjasama ASEAN dalam pertanian dan makanan adalah merangkumi sekuriti makanan, keselamatan makanan, makanan halal, tanaman, ternakan, latihan dan pengembangan pertanian, koperasi pertanian, dan kerjasama bersama dalam skim promosi pertanian juga hasil hutan.

  2. Visi Kerjasama ASEAN dalam sektor pertanian dan makanan adalah untuk mewujudkan “Sektor Makanan, Pertanian dan Perhutanan (FAF) yang berdaya saing, inklusif, berdaya tahan dan mampan yang bersepadu dengan ekonomi global, berdasarkan pasaran tunggal dan asas pengeluaran yang menyumbang kepada keselamatan dan kemakmuran makanan dan pemakanan dalam Komuniti ASEAN.” Enam matlamat telah dirangka untuk mencapai Visi iaitu:
     
    • Memastikan pertumbuhan yang saksama, mampan dan inklusif
    • Mengurangkan kemiskinan dan membasmi kelaparan
    • Memastikan keselamatan makanan, keselamatan makanan dan pemakanan yang lebih baik
    • Memperdalam integrasi serantau
    • Meningkatkan akses kepada pasaran global
    • Meningkatkan daya tahan terhadap, dan menyumbang kepada pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim, bencana alam dan kejutan lain.

  3. Mesyuarat pertama Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) telah diadakan pada 1979 di Filipina. AMAF diadakan sebagai menzahirkan komitmen Negara-negara ASEAN (AMS) dalam membincangkan isu-isu berkaitan pertanian dan perhutanan di rantau ini dibawah platform ASEAN.

  4. Mesyuarat AMAF yang dihadiri oleh Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN yang terdiri daripada negara Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam ini diadakan sekali pada setiap tahun dengan tanggungjawab penganjurannya ditetapkan secara penggiliran mengikut abjad Negara-negara ASEAN. Untuk rekod, Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi persidangan AMAF ke-25 pada tahun 2003 dan AMAF ke-35 pada tahun 2013 dan akan sekali lagi mengambil tanggungjawab selaku tuan rumah pada tahun 2023 yang bertempat di Kuala Lumpur.

  5. Mesyuarat AMAF ini merupakan satu platform bagi AMS membincangkan dan mengetengahkan isu-isu berkaitan pertanian dan perhutanan di rantau ini. Ia juga menjadi payung kepada badan-badan sektoral yang memberikan fokus lebih khusus merangkumi elemen dan disiplin-disiplin pertanian yang lain.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon