Program Rezeki Tani

PROGRAM REZEKI TANI

Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan yang diselaraskan pelaksanaannya oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

 

Objektif Program:

  1. Membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran / pemprosesan / pengedaran / pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan;
  2. Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan disediakan; dan
  3. Mengenal pasti peserta-peserta yang berpotensi untuk dinaikkan ke tahap yang lebih tinggi.

 

Jenis Bantuan:

Bantuan melalui pemberian in-kind dan latihan mengikut keperluan projek peserta dengan nilai maksimum RM10,000.

 

Kriteria Peserta:

  1. Berdaftar dalam Sistem eKasih;
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,650;
  3. Berminat, berpengalaman, berkemahiran atau sedang menjalankan aktiviti pengeluaran / pemprosesan / pengedaran / pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan;
  4. Tidak pernah menerima sebarang bantuan ekonomi; dan
  5. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.

 

Skop Aktiviti Diluluskan:

Projek ekonomi yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang pendek iaitu di antara 3 hingga 6 bulan pelaksanaannya, merangkumi:

  1. Pertanian bagi tanaman singkat masa.
  2. Penternakan bagi penambahan input projek sedia ada.
  3. Perikanan bagi penambahan input projek sedia ada.
  4. Pemasaran hasil pertanian, penternakan dan perikanan.
  5. Pemprosesan dan pemasaran produk makanan dan bukan makanan berasaskan pertanian termasuk jualan makanan dan minuman.

 

Kaedah Pelaksanaan Program:

Pencarian dan bancian peserta dijalankan oleh jabatan / agensi pelaksana di bawah MAFI iaitu DOA, DOF, DVS, MARDI, FAMA, LKIM, LPP, LPNM, MADA dan KADA. Sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan, calon peserta juga boleh mengemukakan permohonan kepada jabatan / agensi pelaksana di bawah MAFI.

 

Maklumat Lanjut:

Unit Rezeki Tani, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, MAFI

03-8870 4391 / 1798 / 3192

 

Rujukan Dokumen:

>> Carta Alir Pelaksanaan Program Rezeki Tani

>> Factsheet Program Rezeki Tani

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon