Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)


  1. Apakah kriteria kelayakan bagi permohonan menyertai Skim Pensijilan myGAP?

    Pemilik ladang berikut layak untuk dipertimbangkan bagi memohon Pensijilan myGAP:

    1. Tapak ternakan mempunyai pemilikan dan diusahakan secara sah (persendirian / sewa / pemilikan sementara / pajak.
    2. Telah menjalankan ternakan sekurang-kurangnya 1 tahun atau satu pusingan dan mempunyai rekod pengeluaran hasil.
    3. Mempunyai dokumen dan rekod ladang yang dikemaskini.
    4. Bersedia untuk menerima pendangan, teguran dan saranan penambahbaikan terhadap aspek Amalan Akuakultur Baik daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
    5. Mempunyai dokumen Program Jaminan Kualiti - Quality Assurance Programme (QAP) sebagai bukti komitmen untuk menghasilkan produk berkualiti, selamat dimakan, kelestarian persekitaran, kebajikan haiwan dan mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerja.

  2. Bagaimanakah prosedur permohonan untuk menyertai Program Pensijilan myGAP?

    Prosedur permohonan untuk menyertai Program Pensijilan myGAP adalah seperti berikut:

    1. Peringkat 1 - Permohonan
      1. Pemohon yang berminat dan memenuhi kriteria hendaklah mengemukakan permohonan kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) mengikut lokasi ladang atau premis.
      2. Ladang yang belum berdaftar perlu mengemukakan permohonan pendaftaran menggunakan borang ARF-01/2017 yang boleh didapati di UBPN.
      3. UBPN akan menjalankan pra-pendaftaran bagi pengesahan dokumen dan pengisytiharan ladang atau premis dalam 10 hari selepas penghantaran borang permohonan dan menghantar permohonan kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan Ibu Pejabat, Putrajaya.
      4. Bahagian Biosekuriti Perikanan Ibu Pejabat, Putrajaya akan membuat penilaian kepada permohonan dan meneliti laporan pemeriksaan UBPN dan mengeluarkan nombor pendaftaran. Pemohon yang telah disahkan melalui pra-pendaftaran akan diberikan nombor pendaftaran yang akan dihantar melalui surat rasmi ataupun mel elektronik.

     

    1. Peringkat 2 - Permohonan Pengauditan
      1. Pemohon perlu menyediakan Dokumen QAP.
      2. Pemohon hendaklah membuat permohonan rasmi kepada UBPN untuk mendapatkan sijil dan kesediaan untuk diaudit.
      3. Permohonan akan dipanjangkan ke Bahagian Biosekuriti Perikanan Ibu Pejabat, Putrajaya.

     

    1. Peringkat 3 - Pemilihan Pasukan Juruaudit
      1. Pasukan Juruaudit akan dipilih berdasarkan pengalaman pengauditan dan laporan audit terdahulu.
      2. Pasukan juruaudit terdiri daripada ketua juruaudit, juruaudit dan juruaudit pelatih (sekiranya perlu).
      3. Pasukan Juruaudit akan menghubungi UBPN dan pemohon untuk memaklumkan mengenai jadual pengauditan sebenar.

     

    1. Peringkat 4 - Penilaian Audit Pematuhan
      1. Lawatan audit pematuhan dijalankan dengan menilai sistem jaminan kualiti yang telah didokumenkan dalam dokumen QAP adalah selaras dengan amalan di ladang.
      2. Permintaan Langkah Pembetulan (Corrective Action Request – CAR) akan dikeluarkan oleh juruaudit kepada pemilik ladang jika terdapat penemuan audit yang tidak memenuhi kriteria pengauditan.
      3. Pasukan juruaudit akan mengemukakan laporan audit pematuhan kepada jawatankuasa.
      4. Pemilik ladang perlu menyelesaikan langkah pembetulan sebagaimana yang dipersetujui semasa sesi pengauditan.
      5. UBPN akan menjalankan audit susulan bagi menilai tindakan pembetulan yang telah diambil oleh pemilik ladang.

     

    1. Peringkat 5 - Jawatankuasa Penilaian dan Perakuan Audit Biosekuriti Perikanan (JKPP)
      1. Laporan audit yang diterima akan disemak oleh ahli JKPP untuk menilai penemuan audit dalam laporan audit di lapangan.
      2. Jawatankuasa diberi kuasa untuk menilai dan menagguhkan perakuan sekiranya laporan juruaudit dan UBPN tidak memuaskan untuk disokong bagi kelulusan.

     

    1. Peringkat 6 - Kelulusan
      1. Kelulusan oleh Pengarah Kanan Bahagian  adalah berdasarkan perakuan JKPP.

     

    1. Peringkat 7 - Anugerah Sijil
      1. Sijil akan dianugerahkan kepada pemohon yang berjaya dan tempoh sahlaku sijil adalah selama 2 tahun.

     

    1. Peringkat 8 - Pengekalan Status
      1. UBPN akan menjalankan audit survelan selepas 6 bulan dan 12 bulan dari tarikh kelulusan untuk memastikan pematuhan berterusan pemilik ladang terhadap keperluan di bawah piawaian pensijilan myGAP.
      2. Sekiranya permintaan langkah pembetulan diminta oleh juruaudit, permintaan berkenaan perlulah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh audit.

     

    1. Peringkat 9 - Pensijilan Semula
      1. Permohonan pensijilan semula perlu dibust dalam tempoh 6 bulan sebelum tempoh pensijilan tamat.

     

    1. Peringkat 10 - Program Persampelan
      1. Ladang yang dipersijilkan akan menjalani persampelan bagi mengukur paras sisa maksimum tidak melepasi paras yang dibenarkan dalam piawaian.

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon