Unit Integriti

Objektif

  • Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti.
  • Meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salah laku dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan yang optimum.

 

Fungsi

Tatatertib dan Pengurusan Aduan

  • Pengurusan Aduan bermaksud pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan. Sehubungan dengan itu, pengurusan aduan yang cekap adalah perlu dilaksanakan oleh pegawai yang ditempatkan di Sub-Unit Pengurusan Aduan. Fungsi-fungsi yang dijalankan adalah tidak terbatas kepada menyelia dan memantau pengurusan penerimaan aduan tetapi pegawai-pegawai UI yang ditempatkan di Sub-Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.

Pematuhan

  • Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.

Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.

Pengesanan dan Pengesahan

  • UI bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.

Pengukuhan Integriti

  • Merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integiriti dalam agensi.

 

Piagam Pelanggan

  1. Memproses semua maklumat atau aduan berkaitan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran tatakelakuan serta peraturan yang diterima untuk tindakan selanjutnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  2. Melaksanakan tugas pengesanan dan pengesahan maklumat melalui Kertas Pengesanan Pengesahan dibuat secara objektif, teliti dan menyeluruh dalam tahun semasa.
  3. Melaksanakan fungsi keurusetiaan Lembaga Tatatertib bagi menyediakan Laporan Kes Tatatertib untuk pertimbangan dalam tempoh tiga (3) minggu bergantung kepada kerjasama pihak-pihak yang berkaitan.
  4. Menganjurkan program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.
  5. Menjayakan program atau memberi khidmat nasihat berkaitan pencegahan rasuah dan Tadbir Urus secara menyeluruh dan berkesan sepanjang masa.

 

Carta Bahagian

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon