Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan

PENGENALAN

Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0.

Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR).

 

SKOP PEMBIAYAAN

Skop pembiayaan ini melibatkan kemudahan pembiayaan di bawah konsep Syariah (Tawarruq) yang melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor agromakanan bagi mengalakkan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR. Antara skop pembiayaan adalah seperti berikut:

  1. Perolehan peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional;
  2. Perolehan teknologi dan sistem yang telah diguna pakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil; dan
  3. Perluasan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi mesti menyumbang kepada peningkatan semasa amalan pertanian.
  1. Individu dan bukan individu;
  2. Individu berumur 18 tahun (semasa permohonan) sehingga berumur 60 tahun (pada tempoh matang);
  3. Bagi bukan individu, organisasi 51% hak milik warganegara Malaysia berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (perusahaan, perkongsian, Sdn Bhd) atau mana-mana agensi yang diluluskan oleh MAFI (seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia) yang beroperasi di Malaysia;
  4. Terlibat dengan pertanian kontrak atau pertanian bukan kontrak;
  5. Perniagaan yang diusahakan adalah patuh Syariah;
  6. Penilaian kredit adalah berdasarkan penilaian Bank (CCRIS, CTOS, analisis kewangan, dll);
  7. Tiada proses kebankrapan atau dinyatakan muflis atau di bawah proses penghakiman;
  8. Skala operasi yang setara sesuai bagi tujuan komersial (kesesuaian skala operasi tertakluk kepada jenis projek pertanian) sekiranya berkaitan;
  9. Hasil/produk adalah bertujuan untuk penjualan domestik atau eksport;
  10. Kegiatan perniagaan di bawah ruang/lot yang didaftarkan secara komersial menurut AKTA 172 (Bahagian IV Kawalan Perancangan, Seksyen 18) dan/atau tindakan yang relevan yang berkaitan dengan penggunaan tanah untuk pertanian;
  11. Teknologi yang akan digunakan berlandaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) dan telah disahkan oleh Pengesah Teknologi atau Jawatankuasa Kerja;
  12. Usahawan telah menjalani kursus/taklimat bersama syarikat peneraju atau pengesah teknologi atau syarikat pembekal teknologi sekiranya perlu; dan
  13. Perluasan perniagaan dengan penggunaan teknologi yang telah disahkan mestilah mampu meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
Pertanian Kontrak Pertanian Bukan Kontrak
  1. Syarikat Peneraju
  • Kriteria syarikat peneraju mestilah memenuhi syarat-syarat di bawah Program Berkelompok dan Ladang Kontrak; dan
  • Sebelum permohonan pembiayaan oleh usahawan naungan dilaksanakan, syarikat peneraju mestilah telah menandatangani Perjanjian Rakaniaga Strategik bersama Agrobank.

 

  1. Usahawan naungan
  • Usahawan naungan hendaklah telah menerima surat tawaran dari syarikat peneraju.

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Pembekal Teknologi
  • Operasi perniagaan dalam bidang yang sama sekurang-kurangnya 3 tahun; dan/atau
  • Mempunyai maklumat pendaftaran syarikat SSM atau persijilan pengedar tunggal/pengedar yang masih sah atau berkuatkuasa.
  • Pematuhan standard atau persijilan seperti SIRIM/ISO/MyGAP adalah satu kelebihan.

 

  1. Usahawan (tidak terikat dengan syarikat peneraju)/ syarikat peneraju
  • Operasi perniagaan dalam bidang yang sama sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Sekiranya usahawan kurang dari 3 tahun, pengalaman pembekal teknologi yang memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal, dan juga perkhidmatan selepas jualan (after sale service) kepada usahawan boleh diambil kira; dan/atau
  • Mesti menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kitaran aktiviti pertanian yang sama serta boleh dibuktikan melalui penyata rekod jualan atau dokumen berkaitan yang boleh diterima oleh Agrobank.

 

HAD PEMBIAYAAN

Sehingga 100% daripada jumlah kos termasuk kos sampingan (contoh: takaful, duti setem, dan lain-lain) tertakluk kepada jumlah maksimum seperti yang berikut:

Perusahaan Mikro Kontrak Bukan Kontrak
Minimum RM10,000 RM10,000
Maksimum RM500,000 RM500,000

 

Perusahaan Kecil dan Sederhana Kontrak Bukan Kontrak
Minimum RM30,000 RM50,000
Maksimum RM1,000,000 RM1,000,000

 

TEMPOH KEMUDAHAN

Sehingga sepuluh (10) tahun termasuk tempoh moratorium, tertakluk kepada jenis dan keperluan projek. Tempoh maksimum moratorium adalah 12 bulan.

 

KADAR KEUNTUNGAN

3.5% setahun, dikiran atas baki bulanan

 

KRITERIA TEKNOLOGI

  1. Jenis teknologi yang akan digunakan mestilah dikelaskan berteraskan 4IR dan telah disahkan/diulas oleh Pengesah Teknologi/ Jawatankuasa Kerja yang diiktiraf oleh Agrobank.
  2. Pemohon hendaklah mendapatkan dokumentasi seperti pengesahan teknologi/ pensijilan/ laporan sebelum memulakan permohonan kemudahan pembiayaan di Agrobank.
  3. Pembekal teknologi yang telah dinilai dan disahkan oleh Pengesah Teknologi/ Jawatankuasa Kerja akan disenaraikan dalam Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan. Sekiranya pembekal teknologi belum tersenarai, sila hubungi admin.bpp@mafs.gov.my untuk proses penilaian teknologi.
  4. Sekiranya pemohon membangunkan teknologi sendiri (mempunyai projek rintis) dan ingin mendapatkan kemudahan pembiayaan, sila hubungi admin.bpp@mafs.gov.my untuk proses penilaian teknologi.

PROSES PERMOHONAN

Peringkat pertama : Pemilihan dan Pengesahan Teknologi

Pemohon boleh memilih teknologi dalam Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan (sekiranya teknologi belum disenaraikan dalam direktori, sila hubungi admin.bpp@mafs.gov.my untuk proses penilaian teknologi).

 

Peringkat kedua : Permohonan Pembiayaan

Setelah mendapat penilaian teknologi, permohonan kemudahan pembiayaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI TUJUAN PERMOHONAN

Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap merangkumi perkara berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon Bersama (bagi permohonan Bersama).
  2. Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
  3. Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen perniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
  4. Ulasan/laporan pengesahan teknologi daripada Pengesah Teknologi / Jawatankuasa Kerja MAFI yang telah dikenalpasti.
  5. Sebut harga daripada pembekal teknologi yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh Pengesah Teknologi.
  6. Surat tawaran penyertaan projek daripada Syarikat Peneraju bagi permohonan di bawah Pertanian Kontrak.
  7. Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan di bawah program ini.

Galeri Foto Keratan Akhbar

     

Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi:

  1. Bahagian Pemodenan Pertanian menerusi emel : admin.bpp@mafs.gov.my (berkaitan Penilaian Teknologi)
  2. Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476; atau
  3. Layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my; atau
  4. Kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan; atau
  5. Layari media sosial rasmi Agrobank Facebook, Instagram, Twitter.
  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon