Bahagian Akaun

Objektif

  • Mempertingkatkan akauntibiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Memberikan perkhidmatan perakaunan berkualiti, perundingan dan khidmat nasihat yang memuaskan hati pelanggan.
  • Menyediakan data-data serta maklumat perakaunan yang tepat dan cepat untuk penyediaan Akaun Awam yang berkualiti, mengikut undang-undang dan keperluan profesional.
  • Menguatkuasakan hal-hal perakaunan dan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang relevan.
  • Membantu kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.

 

Fungsi

  • Sebagai Pejabat Perakaunan kepada Kementerian, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
  • Sebagai pusat maklumat dan pusat khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada pengurusan atasan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • Sebagai pelaksana dan pemantau pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan iaitu iGfmas.

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menunaikan amanah kerajaan dalam menguruskan perakaunan dan kewangan negara berdasarkan undang-undang aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan  mesra pelanggan.

Kami berjanji memberi perkhidmatan:

  1. Melaksanakan proses larian bayaran dalam tempoh 2 hari bekerja selepas Arahan Pembayaran di peraku II oleh PTJ.
  2. Mengurus pembayaran pukal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima Fail AP504.
  3. Mengurus pembayaran gaji bulanan Anggota Kerajaan Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan.
  4. Memastikan terimaan diperakaunkan mengikut AP78.
  5. Mengemukakan Penyata Penyesuaian Bank kepada Audit Negara dalam tempoh 2 minggu pada bulan berikutnya.
  6. Memantau aktiviti perakaunan dan pelarasan berikutan panjar, deposit pelarasan, pinjaman/pendahuluan diri, penghantaran sijil pengesahan baki, bayaran balik hasil dan lain-lain yang dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Perkaunan.
  7. Memantau aktiviti perakaunan perolehan aset dan inventori beserta pelarasan baucar jurnal.
  8. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian setiap bulan.
  9. Menyediakan laporan naziran dalam tempoh 14hari selepas selesai naziran dijalankan.
  10. Memberikan khidmat nasihat perakaunan kepada Jabatan/PTJ dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.
  11. Menyedia/menyelaras dan mengemukakan maklum balas laporan audit 30 hari dari tarikh pertanyaan audit atau mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh audit.

 

Carta Bahagian

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon