Bahagian Antarabangsa

Objektif

  • Mengoptima dan memanfaatkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara / organisasi luar negara bagi membangunkan dan memartabatkan imej sektor agromakanan negara di peringkat antarabangsa; dan
  • Menerokai pasaran global bagi produk-produk agromakanan dan industri asas tani.

 

Fungsi

  • Memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara / organisasi luar di peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala dalam bidang agromakanan bagi tujuan mempertingkatkan lagi pembangunan sektor agromakanan negara agar berdaya maju, moden dan dinamik;
  • Menjaga kepentingan negara dari segi dasar agromakanan di peringkat antarabangsa; dan
  • Mengadakan kerjasama teknikal di peringkat antarabangsa untuk pemindahan teknologi terkini, pertukaran maklumat dan program / projek kerjasama dalam bidang agromakanan.

 

Piagam Pelanggan

  1. Semua ulasan memorandum Jemaah Menteri yang perlu dikemukakan kepada Kementerian/ Agensi lain disediakan dalam sama 14 hari dari tarikh penerimaan di MAFI berdasarkan panduan penyediaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri;
  2. Semua memorandum Jemaah Menteri perlu disediakan oleh MAFI selewat-lewatnya dalam tempoh 60 hari sebelum pelaksanaan aktviti/ program kecuali program-program ad hoc berdasarkan Panduan Penyediaaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri;
  3. Semua nota Jemaah Menteri perlu disediakan oleh MAFI dalam tempoh seminggu selepas program berakhir berdasarkan Panduan Penyediaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri;
  4. Memastikan input/maklum balas yang tepat disediakan kepada Kementerian/ Agensi yang berkenaan dalam tempoh dan format yang ditetapkan;
  5. Memastikan penganjuran/ penyertaan dalam aktiviti/ program yang disertai/ diselaras oleh MAFI dan program lawatan/ kunjungan hormat dilaksanakan dengan teratur, mengikut jadual dan mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memastikan kepentingan negara terjamin;
  6. Memastikan penganjuran program lawatan/ kunjungan hormat dilaksanakan dengan teratur, mengikut jadual, mematuhi protokol dan penyediaan Briefintervention & speaking notes yang tepat dan terkini sebelum lawatan dan kunjungan hormat diadakan;
  7. Menyediakan MoU dalam bidang pertanian yang komprehensif selaras dengan polisi MAFI bagi menjamin kepentingan negara dan memastikan pelaksanaan aktiviti di bawah MoU akan memberi manfaat kepada negara;
  8. Menerangkan dan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai program/ aktiviti yang relevan berdasarkan polisi semasa untuk disertai oleh Jabatan/ Agensi/ Negara luar dalam tempoh masa yang berpatutan sebelum sesuatu sesuatu program/ aktiviti diadakan; dan
  9. Memaklumkan notifikasi dan menjawab aduan mengikut format dalam tempoh yang ditetapkan berdasar MAFI dan komitmen antarabangsa dengan jelas dan tepat.

 

Carta Bahagian

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon