Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan

Objektif

  • Melaksanakan program-program penggalakan pelaburan dalam dan luar negara bagi meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian.
  • Melaksanakan program pemasaran dan padanan perniagaan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta kecekapan pengedaran hasil agromakanan.
  • Merangka dan menyelaras pelaksanaan fasilitasi aktiviti pengimportan dan pengeksportan produk pertanian.
  • Mengawalselia serta menyelaras dana pembiayaan kerajaan kepada Agrobank.
  • Merangka strategi serta menyelaras pelaksanaan program-program pembangunan perniagaan bagi membangunkan perniagaan yang maju dan berdaya saing.
  • Mengurusetia dan memantau projek penswastaan di peringkat kementerian.

Fungsi

  • Menyelaras dan memantau urusan pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) dan Domestic Direct Investment (DDI).
  • Menyelaras permohonan ke National Committee on Investment (NCI).
  • Menyelaras pelaksanaan kawalan import serta fasilitasi protokol dan akses pasaran eksport produk pertanian.
  • Merangka dan menyelaras pelaksanaan dasar berhubung perlindungan takaful untuk petani.
  • Menyelaras peruntukan dan penyaluran dana, subsidi, insentif serta pembiayaan.
  • Menentukan produk dan pasaran eksport yang berpotensi untuk diteroka serta strategi untuk meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan pasaran.
  • Melaksanakan program promosi, penjenamaan, kerjasama perdagangan, risikan pasaran dan kolaborasi teknikal dalam sektor pertanian.
  • Menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program- program pembangunan perniagaan dalam bidang pertanian dan industri makanan.
  • Menyelaras pelaksanaan program pemasaran dan pengedaran dalam negara agar berjalan dengan lebih berkesan melalui outlet jualan jabatan/agensi.
  • Merangka, menyelaras dan menyelia aktiviti di Agrifood Business Development Centre (BDC) bagi menyampaikan maklumat dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan pertanian dan makanan di Malaysia bagi golongan sasar.
  • Memudahcara pelaksanaan projek Kerjasama Awam Swasta yang melibatkan kementerian/jabatan/agensi di bawah KPKM.

 

Carta Bahagian

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon