DirekTANI - Direktori Teknologi Pertanian Pintar

Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0) menggariskan inisiatif pemodenan dan pertanian pintar sebagai salah satu teras utama transformasi sektor agromakanan. DAN 2.0 mentakrifkan pertanian pintar sebagai penggunaan dan pengintegrasian teknologi tinggi yang mesra alam sekitar secara lebih meluas dalam aktiviti pertanian untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil. Sehubungan itu, bagi mewujudkan ekosistem kondusif untuk pemodenan serta menghubungkan kumpulan sasar dengan penyedia perkhidmatan agroteknologi dan juga projek-projek pertanian pintar yang dibangunkan oleh usahawan, direktori teknologi pertanian pintar iaitu DirekTANI diwujudkan sebagai rujukan umum.

Teknologi pertanian pintar yang disenaraikan telah mempunyai projek perintis (pilot project) di Malaysia yang terdiri daripada solusi teknologi oleh pihak swasta atau teknologi yang dibangunkan menerusi kolaborasi strategik dengan jabatan atau agensi Kerajaan. Kementerian ini juga mengalu-alukan mana-mana pihak (swasta atau agensi Kerajaan) yang telah membangunkan projek atau teknologi pertanian pintar di Malaysia untuk disenaraikan dalam direktori ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila e-melkan kepada: admin.bpp@kpkm.gov.my.

Bil. Produk Teknologi Kegunaan Produk /Teknologi Syarikat / Agensi Maklumat Perhubungan
1 IoT (TanahMu)

Teknologi rangkaian penderia IoT untuk mendapatkan data/indikator dan membuat penyesuaian untuk tanaman berdasarkan parameter yang diperolehi.

Tanahmu Aplikasi Sdn Bhd

 www.tanahmu.com

fcchen@tanahmu.com

Chen Fook Ching

2 Kilang Tanaman

Teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran tanaman dalam suhu dan kelembapan terkawal yang menggabungkan komponen-komponen utama seperti sistem hidroponik, lampu LED, takung NFT dan sistem pam.

CityFarm Technologies
Sdn Bhd

www.cityfarm.my

hello@cityfarm.my

Johanson Chew

 

3

FARMO Robot - Penyembur Pertanian Tanpa Pemandu

Mesin penyembur input pertanian secara kawalan jarak jauh serta dilengkapi dengan aplikasi pemantauan menggunakan GPS.

Robot FARMO direka dan dikembangkan ciri-cirinya untuk membantu petani melakukan tugas seperti penyemburan pestisid.

Farmotic Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysian Technology Development Corporation

farmo.robot@gmail.com

 Jefri Efendi bin Mohd Salih

4

NIDO - Pengawal Hidroponik

Teknologi pengawalan sistem hidroponik yang mengurus dan mengawal pH, EC, memantau suhu air, udara dan kelembapan melalui telefon bimbit. Teknologi ini terdiri daripada peranti IoT, cloud data dan kecerdasan buatan.

Irritec Sdn Bhd

 

irritec.my@gmail.com

Mohd Sofian bin Ali

 

5

Teknologi VRT Pertanian Tepat

Pakej teknologi sistem perataan tanah dan penaburan benih dan pembajaan secara kadar boleh ubah (variable rate technology).

MKR Hartamas
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

http://teknologi-tawaran.mardi.gov.my/

 badril@mardi.gov.my

Ir. Dr. Badril Hisham bin Abu Bakar

6

Sistem Pembajaan Secara Kadar Boleh Ubah On-The-Go

Sistem pembajaan secara kadar boleh ubah on-the-go yang berupaya menentukan status nutrien pokok padi dan memberikan baja secara in-situ.

MKR Hartamas
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

http://teknologi-tawaran.mardi.gov.my/

badril@mardi.gov.my

Ir. Dr. Badril Hisham bin Abu Bakar

 

7

Teknologi Kilang Tanaman

Sistem pengeluaran tanaman bernilai tinggi, bebas pestisid dan selamat digunakan dalam struktur terkawal dengan semua faktor pertumbuhan tanaman dikawal dan dipantau.

Impressive Edge Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

http://teknologi-tawaran.mardi.gov.my/

abid@mardi.gov.my

Mohammad Abid Bin Ahmad

 

8

Sistem Fertigasi Pintar Automasi Berpacukan Data

Sistem fertigasi pintar iaitu kaedah penggunaan baja yang memberikan kombinasi air dan nutrien yang betul terus ke akar setiap tumbuhan, mengikut kitaran pembesaran tanaman.

RegalTech Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

https://www.regaltech.com.my/

 elson@regaltech.com.my

Elson Sun

 

9

Sistem Penggredan Cili Automasi Berasaskan Kecerdasan Buatan

Sistem penggredan cili automatik berasaskan teknologi kecerdasan buatan dengan menggunakan imej cili dan memproses data tersebut dengan algoritma machine learning untuk mengasingkan cili berdasarkan gred.

ThetaEdge Berhad & Skymics Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

 https://www.theta-edge.com/

 https://www.skymics.com/

 azrul.malek@theta-edge.com

 reza@skymics.com

 Azrul Hisham Bin Abdul Malek

 M. Reza Khosravi

10

Sistem Kawalan Serangga Perosak

Solusi teknologi bagi memastikan tanaman disembur dengan baik dan tepat pada masanya dengan jumlah pencampuran yang mencukupi, tanpa campur tangan manusia. Data yang dikumpulkan daripada penderia disimpan dalam platform berasaskan cloud dan boleh diakses dengan mudah menggunakan telefon, tablet atau komputer riba.

Flow Studios
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

 https://www.flowstudios.com.my/

azainiaizat@flowstudios.com.my

Azaini Aizat Abdul Jalil

 

11

Panel Kawalan Pintar untuk Teknologi Penyemburan di Rumah Hijau

Teknologi yang memberi tumpuan untuk mengurangkan tekanan haba pada tumbuhan hidroponik di rumah hijau dan meningkatkan kecekapan program penyemburan racun perosak.

REDtone IOT
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

https://www.redtone.com/

redza.imran@redtone.com

 Redza Imran

 

12

Sistem Pengairan Berasaskan Kecerdasan Buatan

Sistem pertanian pintar untuk fertigasi, hidroponik dan penanaman tanah batas menggunakan Machine Learning yang berupaya untuk mengautomasikan sepenuhnya proses pengairan dan pembajaan di ladang pertanian dari awal sehingga akhir penanaman.

Vessel Pro
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

mugilanwhan@gmail.com

Whanmugilan Sithambaram

 

13

Pemantauan Tanah Pintar, Pengairan Air dan Pemetaan Geo Secara 'Real-Time' Mengenai Status Kesihatan Ladang untuk Ladang Nanas

Teknologi menggunakan set penderia yang terdiri daripada peranti pemantauan tanah ke persekitaran dan menggunakan teknologi dron untuk pemetaan geo, pengukuran mobiliti pengairan, pengesanan perosak dan sebagainya. Data secara masa nyata ini merupakan sebahagian daripada pra-syarat untuk proses seterusnya iaitu analisis yang dipacu oleh data untuk pengurusan pertanian dan tanah yang lebih baik.

Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd & Aeronerve Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

https://singularityaerotech.asia/

afif@singularityaerotech.asia

Afif Bin Badrulhisham

 

14

Sistem Fertigasi Pintar Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI)

Solusi untuk mengukur tahap EC tanaman, suhu air dan perkara lain bergantung kepada keperluan petani. Sistem ini menggunakan WiFi untuk mempercepatkan muat naik (streaming) data ke cloud. Peranti masih boleh berfungsi jika berlaku gangguan Internet.

Integrasi Hijauan Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

https://www.plant-os.com/

devtar@plant-os.com

Devtar Singh

 

15

Pertanian Bandar yang dipacu Data dan Internet Kebendaan (IoT)

Solusi teknologi akuaponik dan hidroponik untuk pertanian bandar bagi tempat dan ruang yang terhad untuk pertanian.

Urban Farm Tech Sdn Bhd

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

https://www.urbanfarmtech.my/

francis@urbanfarmtech.net

Francis Chuah

16

Sistem Fertigasi Pintar, Pengairan dan Pengesanan Perosak diperkasakan oleh IoT, Data dan Kecerdasan Buatan (AI)

Solusi sistem dan operasi model perintis perkhidmatan ladang pintar. Pembangunan sistem berasaskan AI yang menyediakan simulasi dan analisis untuk pengendalian sistem fertigasi, pengairan dan pengesanan perosak.

Solnovation
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 https://solnovation.com/

devan@solnovation.com

Mahadevan

 

17

Agrimor - Farm Service and Farm Intelligence

Pemetaan, pembajaan tanaman, meracun menggunakan dron serta penggunaan penderia (sensor) dan Internet of things (IoT) bagi menganalisa data-data yang diterima.

Aerodyne Group

 

 https://aerodyne.group/

razwan@aerodyne.group

Razwan Zakaria

 

18

Spinning Vertical Aquaponic System (SVAS)

Teknologi ini menggunakan sistem vertikal berpusing yang diintegrasikan bersama sistem akuaponik. Sistem ini dilengkapi dengan sistem dosing nutrient secara automatik.

Future Farm Solution Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Standard and Industrial Research Institute of Malaysia

https://www.futurefarms.my/

 nikazmi@sirim.my

 Lawrence-oscar@hotmail.com

 Nik Mohd Azmi Nik Abdul Aziz

 Loh Pin Hui

19

Indoor Vertical Farming System

Teknologi pengeluaran sayuran ini dilengkapi dengan sistem pemantauan dan kawalan keadaan persekitaran dan dosing nutrient secara automatik yang terdiri daripada penderia, sistem pengawal automatik dan dashboard.

Future Farm Solution Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Standard and Industrial Research Institute of Malaysia

 https://www.futurefarms.my/

 nikazmi@sirim.my

 Lawrence-oscar@hotmail.com

Nik Mohd Azmi Nik Abdul Aziz

Loh Pin Hui

20

Pertanian Pintar Berteraskan Bio Melalui Implementasi Teknologi 4IR

Penyelesaian teknologi pertanian pintar bandar (dalam bangunan) atau struktur perlindungan hujan dengan sistem kawalan persekitaran tanaman.

MSD Innovation
Sdn Bhd

Dengan sokongan:

Bioeconomy Corporation

 

www.msdinnovation.my

m.ainul@msd.net.my

Mohd Ainul Shah Bachok

 

 

21

Solusi Pertanian HAVVA

Aplikasi kebun menegak (vertical farm) serba guna untuk rumah dan ladang komersial berskala besar yang merupakan hasil penyelidikan dan inovasi tempatan. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan komponen secara DIY atau sistem lengkap. Sistem ini sesuai digunakan untuk sistem hidroponik, akuaponik atau aeroponik.

HAVVA Agrotech Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Cradle Fund Sdn Bhd

 

https://havva.my/

info@havva.my

Eizzar Supiar

Philip Loo

 

 

22

Sistem Akuaponik ‘Internet of Nano-Things’

Sistem penyelesaian akuaponik berskala sederhana berdasarkan Internet of Nano-Things (IoNT) yang menggunakan kombinasi akuakultur-pertanian yang diintegrasikan dengan nanoteknologi untuk menawarkan alternatif kepada penghasilan sumber nutrien protein dan sayuran. Sistem akuaponik yang dibangunkan meliputi komponen kolam ikan, sistem hasil pertanian (seperti sayur-sayuran), sistem pemantauan 24 jam untuk meningkatkan produktiviti secara efisien dan penggunaan Nano Light Energy Panel sebagai penjana kuasa bagi mengurangkan kos operasi.

Flora Niaga
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

NanoMalaysia Berhad

 

 devandran@nanomalaysia.com.my

Devandran Krishnan

 

 

23

Airhydro Pot

Penanaman tembikai (melon) dan tanaman berkaitan dengan Sistem Penyiraman Udara (AWS) dan pasu tumbuhan (Airhydro Pot). Teknologi AWS yang berfungsi dengan menggunakan tekanan udara dapat meningkatkan paras oksigen di dalam air. Manakala, penggunaan Airhydro Pot pula dapat membantu untuk merangsang pertumbuhan akar yang sihat.

Skyscraper Airhydro Industries Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysian Technology Development Corporation

 

 rizal@mtdc.com.my

 Airhydrocity@gmail.com

 Shahrul Rizal Shukri

 Khairul Azwan Abdul Razak

 

 

24

Pengurusan Pertanian Pintar, Pemetaan Dron dan Analisis, IoT dan Automasi

Penyelesaian Pertanian Pintar - Pemantauan dan menganalisa pertumbuhan dan kesuburan ladang.

iRadar Sdn Bhd 

 

Dengan sokongan:

Malaysian Technology Development Corporation

https://www.iradarx.com/

 rizal@mtdc.com.my

 sales@iradar.com.my

 Shahrul Rizal Shukri

 Ir. Prof. Dr. Koo Voon Chet

25

Pertanian Pintar/ Rumah Hijau

Pemantauan pertumbuhan dan kesuburan tanaman di dalam rumah hijau menggunakan teknologi Internet Kebendaaan (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI).

TechCapital Resources
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysian Technology Development Corporation

 

 rizal@mtdc.com.my

 Syed.zaini@t-robot.my

 Shahrul Rizal Shukri

 Ts. Syed Zaini Syed Yusoff

 

26

Dron Pertanian

Perkhidmatan penyemburan pertanian menggunakan dron hibrid.

Meraque Services Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysian Technology Development Corporation

 

http://meraque.com/ 

 rizal@mtdc.com.my

 lee@meraque.com

 Shahrul Rizal Shukri

 Razali Ismail

27

Dron

Pemetaan pertanian, racun perosak dan penyemburan baja menggunakan teknologi dron tanpa pemandu.

Poladrone Solutions Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation

 

https://poladrone.com/index.html

  jinxi@poladrone.com

Cheong Jin Xi

 

28

Plant Cartridge System

Sistem pertanian moden dan menggalakkan pertanian persendirian dan komersial melalui Plant Cartridge System. Teknologi ini mampu menjadikan petani lebih produktif sekaligus menghasilkan kualiti tanaman yang lebih baik.

Plant Cartridge
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Malaysia Venture Capital Management

 

https://plantcartridge.com/

syafiq@mavcap.com

Muhammad Syafiq Shamsuddin

 

29

Machine Farm System

Sistem penanaman secara bertingkat (stackable) dengan kawalan persekitaran sepenuhnya menggunakan integrated farm operating system yang berteraskan teknologi 4IR seperti IoT dan analisa data raya (Big Data Analytic).

BoomGrow Production
Sdn Bhd

https://boomgrowfarms.com/

Jay@boomgrowfarms.com

Dr. Jay Devan

30

Vertical Indoor Farming

Teknologi pengeluaran sayur-sayuran yang menggunakan sistem tanaman bertingkat dengan kawalan persekitaran menggunakan sistem penderia dan IoT untuk memantau bacaan data pengairan dan pencahayaan.

Glyde Sdn Bhd (Farmy)

 

https://www.farmy.my/

adnan@farmy.my

 Adnan Teh

 

31

Sistem Akuaponik di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH)

Teknologi pengeluaran tanaman sayuran bertingkat (Vertical drip tower & growbed) dengan integrasi ternakan ikan menggunakan kaedah akuaponik. Teknologi ini dilengkapi dengan sistem kitaran semula nutrien, pemprosesan mineral pasca sistem akuaponik, penapisan bio dan rumah hijau yang lengkap dengan sistem kawalan iklim automatik.

Growflow Sdn Bhd

 

growflow2019@gmail.com

Maisarah Mohamad

 

 

32

Smart Farming IoT

Teknologi sistem pertanian pintar yang terdiri daripada sistem automasi pembajaan berjadual serta sistem automasi semburan serangga berjadual kaedah railing. Sistem ini dapat memantau kelembapan suhu, kepekatan baja, pH, stesen kaji cuaca, paras baja secara masa nyata dan data boleh disimpan selama 3 tahun.

Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn Bhd

 

pewaris.office@gmail.com

 Norhashim Kamisan

 

 

33

Controlled Environment Precision Vertical Farming (PVF)

Teknologi penanaman bertingkat dengan teknologi penderia (sensor), sistem kawalan automatik untuk pengawalan persekitaran dan pengairan. Teknologi yang dibangunkan boleh diaplikasikan sama ada di dalam kontena, lot kedai atau gudang.

Datanam Sdn Bhd

 

https://www.datanam.com/

 hello@datanam.com

Ghazali Muhiyuddin

 

34

Autonomous Unmanned Aerial Vehicle (UAV) menggunakan Platform ManUsIATM intelligent Digital Agriculture System (MiDAgSTM)

Teknologi automasi dan kawalan jauh UAV bagi tujuan pembajaan dan meracun. Dron boleh dikawal secara berpusat dan bersepadu menerusi platform digital MiDAgSTM.

Arinaa Kambyan Berhad 

 

https://www.kambyan.net/

info@kambyan.net

captsudhir@kambyan.net

Capt Sudhir A K Kumaren

35

Sistem IoT Ladang Melon

Penanaman Melon Manis Terengganu di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang meliputi kawalan parameter tanaman seperti kelembapan, EC, suhu, pH serta kawalan sistem pengairan dan pembajaan secara automasi.

ZBM Agrotech 

 

zdmnf97@gmail.com

Zaruddin Manaf

 

36

Teknologi Pertanian Pintar untuk Tanaman Sayuran

Teknologi penanaman sayuran berdaun di dalam struktur rumah hijau dengan teknologi penderia (sensor) dan sistem kawalan automatik untuk persekitaran dan pengairan. Selain itu, sistem penanaman juga diintegrasikan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dilengkapi dengan sistem kamera untuk kawalan kualiti sayur.

Idea Company
Sdn Bhd

 https://www.justgoodgroup.co/

fatinamelia@justgoodgroup.co

Fatin Amelia

 

37

Sistem pemetaan 3D menggunakan dron

Platform visualisasi 3D yang dibangunkan untuk menangkap, menyimpan, memanipulasi, menganalisis, mengurus dan menghasilkan data geografi yang boleh digunakan dengan pantas dan agak mudah digunakan oleh pihak berkepentingan dan pihak berkuasa yang berkaitan melibatkan perancangan tanah dan bandar.

Graffiquo Asia
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:Malaysian Technology Development Corporation

  rizal@mtdc.com.my

 hairry.abdrazak@graffiquo.com

Shahrul Rizal Shukri

Hairry Abd Razak

 

38

Penyemburan Pintar untuk Ladang Cendawan

Teknologi yang berasaskan peranti penderia (sensor) dan aplikasi web untuk memantau rumah cendawan dan juga persekitaran penanaman seperti kelembapan untuk menjamin kualiti cendawan.

Elliance
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

  http://elliancesystem.com/

  kamweng@elliancesystem.com

 bohes@elliancesystem.com

 deva@elliancesystem.com

Kam Weng

Boheswaran

Deva Moses

 

Bil. Produk Teknologi Kegunaan Produk /Teknologi Syarikat / Agensi Maklumat Perhubungan
1 Sistem Pintar Bagi Rawatan Automatik dan Pemantauan Air

Sistem teknologi penulenan air Envirolite yang menyediakan dos dan sistem pemantauan real-time pada papan pemuka untuk penternak ayam bagi memberi amaran awal serta memantau kualiti air.

Solnovation
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

https://solnovation.com/

devan@solnovation.com

Mahadevan 

2 Sistem Pemantauan Pintar Persekitaran dan Keadaan Ayam yang berpacukan Data dan Internet Kebendaan (IoT)

Teknologi yang berasaskan peranti penderia (sensor) dan aplikasi telefon bimbit untuk memantau persekitaran pembesaran ayam seperti suhu, kelembapan dan EC di dalam reban ayam untuk menjamin dan meningkatkan produktiviti ternakan.

Idealogic Technologies
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

https://idealogic.com.my/

sree@idealogic.com.my

Sreerama Bolisetti 

Bil. Produk Teknologi Kegunaan Produk /Teknologi Syarikat / Agensi Maklumat Perhubungan
1 ConnectAqua2U Sistem Akuakultur Pintar

Pemantauan dan pengawalan tahap oksigen di dalam kolam ternakan secara automatik menggunakan teknologi berteraskan 4IR serta dapat diakses menggunakan komputer dan telefon pintar.

Minda Industrial Automation

 

Dengan sokongan:

Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia

 

 https://mindaautomation.com.my/  http://fri.dof.gov.my/

 rosmaria@dof.gov.my

 azhar@mia-senai.com

 Ir. Rosmaria Abu Darim

 Ahmad Azhar Nor 

2 ConnectAqua2U Sistem Akuakultur Pintar Multi Stesen

Teknologi yang dibangunkan ialah peralatan pengesanan parameter kualiti air (marin dan tawar) yang beroperasi secara automatik. Peralatan automasi tersebut boleh mengesan beberapa stesen (tangki/kolam) mengikut tetapan (setting) yang diperlukan menggunakan teknologi berteraskan 4IR dan dapat diakses menggunakan komputer dan telefon pintar.

Minda Industrial Automation

 

Dengan sokongan:

Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia

 

https://mindaautomation.com.my/  http://fri.dof.gov.my/

 Emel: rosmaria@dof.gov.my

 azhar@mia-senai.com

Ir. Rosmaria Abu Darim

 Ahmad Azhar Nor

 

3

Sistem Pintar Bagi Kawalan Automatik dan Pemantauan Kolam

Menyediakan pemantauan kolam dan sistem amaran kepada petani untuk tindakan segera atau tindak balas kepada keadaan kolam. Teknologi ini membantu untuk meningkatkan operasi ladang ke tahap optimum sekaligus meningkatkan kadar survival, kualiti air yang lebih baik untuk ternakan demi mencapai pertumbuhan optimum dan peningkatan produktiviti.

Linear DMS Solutions Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:

Malaysia Digital Economy Corporation

 

https://lineardms.com.my/

choong@lineardms.com.my

Dave Choong

 

4

All Male Prawn Monosex Breeding Berteraskan Bioteknologi

Sistem penternakan udang galah air tawar jantan yang dijalankan secara low-density. Kaedah pembiakan berteraskan bioteknologi ini dapat menghasilkan udang rintang penyakit, meningkatkan hasil pengeluaran dan menggalakkan serta mempercepatkan pertumbuhan udang galah air tawar.

GK Aqua Sdn Bhd

Dengan sokongan: 

Bioeconomy Corporation

&

Cradle Fund Sdn Bhd

 

www.gk-aqua.biz

info@gk-aqua.biz

giva@gk-aqua.biz

Giva Kuppusamy

 

5

Penternakan Udang Menggunakan Sistem Persekitaran Terkawal

Sistem indoor bagi pengurusan, pemantauan dan kawalan bagi penternakan udang dengan integrasi elemen 4IR seperti IoT dan Kecerdasan Buatan (AI).

BE Biomarine
Sdn Bhd

Dengan sokongan: SIRIM

Standard and Industrial Research Institute of Malaysia

 

  bayeast1818@gmail.com

Cheah Guan Seng

 

Bil. Produk Teknologi Kegunaan Produk /Teknologi Syarikat / Agensi Maklumat Perhubungan
1 Sistem Penyejuk Evaporatif di dalam Trak Dilengkapi Sistem Pemantauan Data Masa Nyata

Kaedah penyimpanan jangka pendek sayuran semasa pengangkutan yang berasaskan prinsip penyejukan langsung.

Dtimur Technic Engineering

 

Dengan sokongan: 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

http://teknologi-tawaran.mardi.gov.my/

masniza@mardi.gov.my

Ts. Dr. Masniza binti Sairi 

2 Sistem Robotik Berasaskan Komputer Bagi Pembersihan Sarang Burung Walit

Teknologi in mampu mengurangkan kehilangan nutrien dengan mekanisme sedutan reka bentuk khas untuk membersihkan sarang burung walit.

PBA Systems
(M)Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 

http://teknologi-tawaran.mardi.gov.my/

stten@mardi.gov.my

Dr. Ten Seng Teik

 

3

Alat Penyahhidratan Madu Kelulut Mudah Alih-Dehydome

Teknologi ini dibangunkan bagi mendapatkan madu yang berkualiti melalui proses penyahhidratan. Alat ini pertama di dunia yang bersaiz kecil dan mudah alih.

SIRIM Tech Venture
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan: 

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 

http://teknologi-tawaran.mardi.gov.my/

hpchua@mardi.gov.my

Dr. Chua Hun Pin

 

4

Sensors VectoFaMS

Pengurusan fasiliti - pemantauan automatik bilangan pengunjung menggunakan sensors dan kebersihan premis menggunakan teknologi berasaskan IoT.

Vectolabs Technology
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:Malaysian Technology Development Corporation

 

https://www.vectolabs.com/

rizal@mtdc.com.my

 faizal@vectolabs.com

Shahrul Rizal Shukri

Faizal Ali

 

5

Platform Restaurant Supply Chain

Platform untuk membantu dan menghubungkan vendor dan pengusaha restoran untuk membeli dan mendapatkan bekalan makanan daripada pemborong makanan.

FMH Group
Sdn Bhd

 

Dengan sokongan:Malaysia Venture Capital Management

 

https://foodmarkethub.com/

syafiq@mavcap.com

Muhammad Syafiq Shamsuddin

 

6

Lokéin - Platform
e-dagang

Platform e-dagang dengan integrasi digital teknologi seperti pemasaran secara atas talian, perisian e-dagang dan platform perniagaan secara langsung (live stream).

Seventeen Network Services
Sdn Bhd

 

https://lokein.my/

trustsafety@lokein.com

Mohd Zaidi Bin Mohd Zuki

 

  • Jabatan Pertanian icon
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar icon
  • Jabatan Perikanan Malaysia icon
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) icon
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) icon
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) icon
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) icon
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) icon
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) icon
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia icon
  • Agrobank icon
  • myGovernment icon
  • Taman Botani Negara Shah Alam icon
  • Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) icon
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) icon