Pengenalan Insentif Galakan Elaun Modal Dipercepatkan (ACA) 100% ke atas RM10 juta perbelanjaan modal yang layak; dan Pengecualian cukai pendapatan bersamaan 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak. Ini menjadikan perbelanjaan modal yang layak dituntut sebanyak 200% dalam tempoh 1 tahun Perbelanjaan Modal yang Layak: Automasi Mekanisasi/ Jentera Loji / Closed house system Kelengkapan perkomputeran/ IoT   Pembaharuan Kelayakan kepada komoditi pertanian yang lebih meluas seperti ayam, babi, puyuh, itik, arnab Permohonan galakan cukai bermula 2023 hingga 31 Disember 2027. Elaun Modal Dipercepat (ACA) Objektif Memacu produktiviti dan meningkatkan kecekapan melalui automasi Menggalakkan pemain industri sektor agromakanan melibatkan diri dengan penggunaan teknologi moden bagi memajukan sektor pertanian negara  Maklumat Perhubungan Seksyen Pelaburan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Aras 13, Wisma Tani, Presint 4, Putrajaya Emel: investment@kpkm.gov.my No. Telefon: 03-88702395/1286/1171/1447/1282