Program Agropreneur Muda
- Butiran
- Jumlah paparan: 79527
Pengenalan Pengenalan Program Agropreneur Muda (PAM) ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur antara 18 hingga 45 tahun. Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani. Objektif Program Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut: Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 45 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan. Menyokong Pembangunan graduan lepasan kolej pertanian. Kumpulan Sasar Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 43 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda Start-Up dan individu warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 45 tahun layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda Scale-Up. Jenis Bantuan Dua (2) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:
Geran Agropreneur Muda (GAM) i) Geran Agropreneur Muda Start-up Geran Agropreneur Muda Start-up adalah program bantuan inkubator daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimumkan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan. Nilai maksimum start-up sehingga RM30,000.00 per individu bagi projek huluan pertanian (Tanaman/ Ternakan/ Perikanan) dan RM20,000.00 bagi projek Industri Makanan dan Asas Tani. ii) Geran Agropreneur Muda Scale-up Geran Agropreneur Muda Scale-up adalah program bantuan pengembangan daripada kerajaan kepada penerima Geran Agropreneur Muda yang melaksanakan projek huluan pertanian (tanaman/ ternakan/ perikanan). Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksimum sehingga RM50,000.00 per individu bagi membiayai perolehan agroteknologi, mekanisasi dan automasi terkini. iii) Bantuan Peluang Kedua Bantuan Peluang Kedua bertujuan Membantu penerima Geran Agropreneur Muda Start-up untuk meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana. Had maksimum Bantuan Peluang Kedua disediakan sehingga RM20,000.
Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.
Skop Program Skop Program
Skop utama Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:
Tanaman
Perikanan
Ternakan
Industri Makanan Dan Asas Tani (Produk hiliran berasaskan pertanian)
Pakej Bantuan
BIL
TAJUK
MUAT TURUN
1.
PAKEJ GERAN AGROPRENEUR MUDA
PDF
Borang PERINGKAT PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN (GERAN)
BIL TAJUK MUAT TURUN
1.
Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
PDF
2.
Lampiran 2 : Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda
PDF
3.
Lampiran 3 : Borang Permakahan Permohonan Geran Agropreneur Muda
PDF
4.
Lampiran 4 : Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda Peluang Kedua
PDF
5.
Lampiran 5 : Borang Penilaian Permohonan Geran Agropreneur Muda
PDF
PERINGKAT PEMBEKALAN
BIL TAJUK MUAT TURUN
6.
Lampiran 6 : Borang Permohonan Spesifikasi Geran Agropreneur Muda
PDF
7.
Lampiran 7 : Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi Geran Agropreneur Muda
PDF
8.
Lampiran 8 : Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan Geran Agropreneur Muda
PDF
9.
Lampiran 9 : Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan Geran Agropreneur Muda
PDF
10.
Lampiran 10 : Borang Permohonan Pembatalan Pembekal Geran Agropreneur Muda
PDF
PERINGKAT PEMBAYARAN
BIL TAJUK MUAT TURUN
11.
Lampiran 11 : Borang Tuntutan Pembayaran Geran Agropreneur Muda
PDF
12.
Lampiran 12 : Surat Aku Janji Tawaran Bantuan Geran Agropreneur Muda
PDF
PERINGKAT PEMANTAUAN
BIL TAJUK MUAT TURUN
13.
Lampiran 13 : Borang Laporan Pemantauan
PDF
Syarat Kelayakan Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda (PAM) Warganegara Malaysia; Individu berumur di antara 18 hingga 45 tahun; dan Boleh membaca, mengira dan menulis. Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda Start-up Warganegara Malaysia berumur antara 18 – 43 tahun; Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian; Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal; Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM; Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, tanah tol, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik dan perlu dimatikan setem, perjanjian sewaan juga perlu masih berkuatkuasa, bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia perlu disertakan sijil kematian); Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon; dan Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan. Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda Scale-up Warganegara Malaysia berumur antara 21 – 45 tahun; Penerima Geran Agropreneur Muda yang menjalankan projek huluan pertanian (tanaman/ ternakan/ perikanan; dan Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan scale-up. Jabatan / Agensi Pembimbing PECAHAN JABATAN/AGENSI MENGIKUT SKOP BANTUAN Proses Permohonan Permohonan Geran Agropreneur Muda boleh dibuat secara dalam talian di https://egam.kpkm.gov.my/.
CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA Pemakluman Penutupan Sementara Sistem eGAM PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM EGAM
BIL TAJUK MUAT TURUN
1.
Memo : Pemakluman Penutupan Sementara Sistem eGAM
PDF