Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Y. Bhg. Datuk/Dato'/To' Puan/Datin/Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Pihak Urus setia JPICT memohon kerjasama Bahagian/Jabatan/Agensi yang bercadang memohon kelulusan perolehan projek ICT di mesyuarat tersebut agar menghantarnya kepada Urus Setia JPICT KPKM melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT (PROFIT). Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Sistem ini boleh dicapai melalui alamat https://profit.mampu.gov.my.
3. Untuk tujuan permohonan kelulusan teknikal projek ICT, Bahagian/Jabatan/Majlis/Unit juga dipohon untuk menggunakan ID Pengguna dan kata laluan untuk menggunakan aplikasi PROFIT melalui Urus Setia JPICT KPKM.
4. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) mengikut Takwim KPKM 2024 dijadualkan seperti berikut :
Bil. Mesyuarat | Tarikh Mesyuarat JTI | Tarikh Mesyuarat JPICT | Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan |
Bil. 1/2024 | 16 Februari 2024 (Khamis) | 05 Mac 2024 (Selasa) | 26 Januari 2024 (Jumaat) |
Bil. 2/2024 | 09 Mei 2024 (Khamis) | 23 Mei 2024 (Khamis) | 19 April 2024 (Jumaat) |
Bil. 3/2024 | 30 Julai 2024 (Selasa) | 15 Ogos 2024 (Khamis) | 12 Julai 2024 (Jumaat) |
Bil. 4/2024 | 29 Oktober 2024 (Selasa) | 12 November 2024 (Selasa) | 11 Oktober 2024 (Jumaat) |
5. Untuk makluman maklumat mengenai Terma Rujukan JPICT dan Format Kertas Kerja boleh di muat turun seperti di bawah :
Tatacara Penyediaan Kertas Permohonan JPICT
Template Kertas Permohonan JPICT KPKM 2023
Template Slide Kertas Pembentangan Projek - JTI_JPICT KPKM Jan 2024 (Perolehan Pembangunan Sistem)
Template Slide Kertas Pembentangan Projek - JTI_JPICT KPKM Jan 2024 (Perolehan Perkakasan)
6. Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada :
7. Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada e-mel jpict@kpkm.gov.my dan pertanyaan mengenai Sistem Aplikasi PROFIT boleh dikemukakan kepada emel urussetiajtisa@digital.gov.my atau nombor telefon berikut :
03-8892 7502. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg Datuk/Dato'/To'Puan/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
URUS SETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) & JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTI)
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN