Kami berjanji menunaikan amanah kerajaan dalam menguruskan perakaunan dan kewangan negara berdasarkan undang-undang aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan mesra pelanggan.
Kami berjanji memberi perkhidmatan:
- Melaksanakan proses larian bayaran dalam tempoh 2 hari bekerja selepas Arahan Pembayaran di peraku II oleh PTJ.
- Mengurus pembayaran pukal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima Fail AP504.
- Mengurus pembayaran gaji bulanan Anggota Kerajaan Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan.
- Memastikan terimaan diperakaunkan mengikut AP78.
- Mengemukakan Penyata Penyesuaian Bank kepada Audit Negara dalam tempoh 2 minggu pada bulan berikutnya.
- Memantau aktiviti perakaunan dan pelarasan berikutan panjar, deposit pelarasan, pinjaman/pendahuluan diri, penghantaran sijil pengesahan baki, bayaran balik hasil dan lain-lain yang dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Perkaunan.
- Memantau aktiviti perakaunan perolehan aset dan inventori beserta pelarasan baucar jurnal.
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian setiap bulan.
- Menyediakan laporan naziran dalam tempoh 14hari selepas selesai naziran dijalankan.
- Memberikan khidmat nasihat perakaunan kepada Jabatan/PTJ dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan diterima.
- Menyedia/menyelaras dan mengemukakan maklum balas laporan audit 30 hari dari tarikh pertanyaan audit atau mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh audit.