Bagi menggalakkan lebih ramai penternak ayam mengadaptasi sistem reban tertutup yang lebih mesra alam di samping dapat meningkatkan produktiviti.
Insentif Galakan
- Elaun Modal Dipercepatkan (ACA) 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak; dan
- Pengecualian cukai pendapatan bersamaan 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak.
- Ini menjadikan perbelanjaan modal yang layak dituntut sebanyak 200% dalam tempoh 1 tahun
- Terbuka kepada projek Baharu dan Sedia ada merangkumi aktiviti ternakan bagi:
i. ayam pedaging (broiler);
ii. ayam penelur (layer);
ii. pengeluaran anak ayam (day old chick, DOC).
- Permohonan galakan cukai bermula 2023 hingga tahun taksiran 2025.
