VISI
- Mentransformasikan sektor agromakanan supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetatif
MISI
- Menjadikan IADA Barat Laut Selangor sebagai penyumbang pengeluaran agromakanan Negara
OBJEKTIF
- Menerajui proses transformasi sektor agromakanan secara terancang, bersepadu dan menyeluruh kearah pencapaian matlamat dasar agro makanan.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber pengeluaran bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara.
- Memastikan sistem dan infrastruktur pertanian berfungsi dengan sempurna arah pengurusan air yang efisyen.
- Meningkatkan pendapatan golongan sasar
PIAGAM PELANGGAN
- Meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup golongan sasaran di kawasan projek berteraskan pembangunan pertanian bersepadu selaras dengan objektif dasar pertanian negara dan wawasan 2020 melalui:-
1.Merancang, melaksana, menilai dan menyelaras projek-projek pembangunan sektor pertanian dengan cekap dan profesional mengikut matlamat, jadual dan piawaian yang ditetapkan;
2.Menjalankan tugas dan tanggungjawab secara berpasukan di bawah konsep MOA. Inc. dengan penuh dedikasi, kreativiti, beramah dan berdisiplin;
3.Memberi perkhidmatan dan layanan pelanggan dengan cepat, berkualiti, cekap dan berbudi bahasa; dan
4.Mempunyai sistem maklumat yang cekap, tepat, kemaskini dan mudah diperolehi.
FUNGSI
- Merancang, menyelaras, melaksana, dan memantau program pembangunan pertanian dalam IADA Barat Laut Selangor.
- Menyediakan kerangka transformasi dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti makanan negara.
- Meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi tahap sara diri (SSL) negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap import.
- Menyedia, menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur pertanian.
- Memberi khidmat sokongan yang cekap dan berkesan.
- Meningkatkan pendapatan golongan sasar kearah negara berpendapatan tinggi.
Jadual Bekalan Air, Sistem Pengairan Jelapang Padi Selangor
| TAJUK | MUAT TURUN |
|---|---|










