Accessibility Tools

logo kpkm
hubungi
maklumbalas
peta
 

Smart Agriculture Directory

Smart Agriculture Directory

Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0) menggariskan inisiatif pemodenan dan pertanian pintar sebagai salah satu teras utama transformasi sektor agromakanan. DAN 2.0 mentakrifkan pertanian pintar sebagai penggunaan dan pengintegrasian teknologi tinggi yang mesra alam sekitar secara lebih meluas dalam aktiviti pertanian untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil. Sehubungan itu, bagi mewujudkan ekosistem kondusif untuk pemodenan serta menghubungkan kumpulan sasar dengan penyedia perkhidmatan agroteknologi dan juga projek-projek pertanian pintar yang dibangunkan oleh usahawan, direktori teknologi pertanian pintar iaitu DirekTANI diwujudkan sebagai rujukan umum.

Teknologi pertanian pintar yang disenaraikan telah mempunyai projek perintis (pilot project) di Malaysia yang terdiri daripada solusi teknologi oleh pihak swasta atau teknologi yang dibangunkan menerusi kolaborasi strategik dengan jabatan atau agensi Kerajaan. Kementerian ini juga mengalu-alukan mana-mana pihak (swasta atau agensi Kerajaan) yang telah membangunkan projek atau teknologi pertanian pintar di Malaysia untuk disenaraikan dalam direktori ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila e-melkan kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Ministry of Agriculture
and Food Security
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.
 
Tel : 03 - 8000 8000
FBFBFBFBFB
|