VISI
Integriti Tunggak Kejayaan Transformasi Pertanian
MISI
Memantapkan integriti warga kementerian melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang
- Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti.
- Meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salah laku dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan yang optimum.
TATATERTIB
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
PENGURUSAN ADUAN
Pengurusan Aduan bermaksud pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/ aduan. Sehubungan dengan itu, pengurusan aduan yang cekap adalah perlu dilaksanakan oleh pegawai yang ditempatkan di Sub-Unit Pengurusan Aduan. Fungsi-fungsi yang dijalankan di bawah Pengurusan Aduan adalah tidak terbatas kepada menyelia dan memantau pengurusan penerimaan aduan, tetapi pegawai-pegawai UI yang ditempatkan di Sub-Unit ini juga bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan
PENGUKUHAN NILAI INTEGRITI
Merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi.
TADBIR URUS
Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.
PEMATUHAN
Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.
PENGESANAN DAN PENGESAHAN
UI bertanggungjawab untuk membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
-
Memproses semua maklumat atau aduan berkaitan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran tatakelakuan serta peraturan yang diterima untuk tindakan selanjutnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
-
Melaksanakan tugas pengesanan dan pengesahan maklumat melalui Kertas Pengesanan Pengesahan dibuat secara objektif, teliti dan menyeluruh dalam tahun semasa.
-
Melaksanakan fungsi keurussetiaan Lembaga Tatatertib bagi menyediakan Laporan Kes Tatatertib untuk pertimbangan dalam tempoh tiga (3) minggu bergantung kepada kerjasama pihak-pihak yang berkaitan.
-
Menganjurkan program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.
-
Menjayakan program atau memberi khidmat nasihat berkaitan pencegahan rasuah dan Tadbir Urus secara menyeluruh dan berkesan sepanjang masa.

