VISI
- Peneraju hal ehwal antarabangsa dalam bidang agro-makanan
MISI
- Meningkatkan visibiliti Malaysia dalam bidang agromakanan;
- Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di peringkat serantau dan global; dan
- Memelihara kepentingan industri agromakanan negara.
- Mengoptima dan memanfaatkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara / organisasi luar negara bagi membangunkan dan memartabatkan imej sektor agromakanan negara di peringkat antarabangsa; dan
- Menerokai pasaran global bagi produk-produk agromakanan dan industri asas tani
- Memelihara kepentingan negara di dalam hubungan dan kerjasama antarabangsa seperti hubungan dua hala, ASEAN, WTO, APEC dan FAO di bawah platform keanggotaan kerjasama perjanjian perdagangan antarabangsa yang dianggotai seperti CPTPP dan lain-lain perjanjian FTA dua hala;
- Menyediakan MoU dalam bidang pertanian yang komprehensif selaras dengan polisi KPKM bagi menjamin kepentingan negara dan memastikan pelaksanaan aktiviti di bawah MoU akan memberi manfaat kepada negara;
- Memastikan penganjuran/ penyertaan dalam aktiviti/ program yang disertai/ diselaras oleh KPKM dan program lawatan/ kunjungan hormat dilaksanakan dengan teratur, mengikut jadual dan mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memastikan kepentingan negara terjamin;
- Memastikan penganjuran program lawatan/ kunjungan hormat dilaksanakan dengan teratur, mengikut jadual, mematuhi protokol dan penyediaan Brief/ Intervention & speaking notes yang tepat dan terkini sebelum lawatan dan kunjungan hormat diadakan;
- Menerangkan dan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai program/ aktiviti yang relevan berdasarkan polisi semasa untuk disertai oleh Jabatan/ Agensi/ Negara luar dalam tempoh masa yang berpatutan sebelum sesuatu sesuatu program/ aktiviti diadakan;
- Memastikan input/maklum balas yang tepat disediakan kepada Kementerian/ Agensi yang berkenaan dalam tempoh dan format yang ditetapkan;
- Semua ulasan memorandum Jemaah Menteri yang perlu dikemukakan kepada Kementerian/
Agensi lain disediakan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan di KPKM berdasarkan Panduan
Penyediaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri; - Semua Memorandum Jemaah Menteri perlu disediakan oleh KPKM selewat-lewatnya dalam
tempoh 30 hari sebelum pelaksanaan aktviti/ program kecuali program-program ad hoc berdasarkan Panduan Penyediaaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri; - Semua Nota Jemaah Menteri perlu disediakan oleh KPKM dalam tempoh seminggu selepas
program berakhir berdasarkan Panduan Penyediaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Jemaah Menteri; dan - Memaklumkan notifikasi dan menjawab aduan mengikut format dalam tempoh yang ditetapkan
berdasarkan polisi KPKM dan komitmen antarabangsa dengan jelas dan tepat.
- Memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara/ organisasi luar di peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala dalam bidang agromakanan bagi pembangunan sektor agromakanan negara agar berdaya maju, moden dan dinamik;
- Mengadakan perundingan bagi memperolehi akses pasaran global bagi produk agromakanan Malaysia agar menjadi negara pengeskport produk makanan terkemuka dunia;
- Menjaga kepentingan negara dari segi dasar agromakanan di peringkat antarabangsa; dan
- Mengadakan kerjasama teknikal di peringkat antarabangsa untuk pemindahan teknologi terkini, pertukaran maklumat dan program / projek kerjasama dalam bidang agromakanan.

