-
Meningkatkan Tahap Sara Diri (SSR) Beras Negara kepada 80% menjelang Tahun 2030 serta mengurangkan kebergantungan import menerusi peningkatan produktiviti hasil padi.
-
Mentransformasi subsektor padi dan beras negara menerusi kaedah pertanian pintar dan pengurusan tanaman yang efisien.
-
Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dalam pengeluaran padi.
-
Meningkatkan nilai tambah serta pendapatan pesawah ke arah taraf hidup yang lebih baik.
Komitmen kami adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang melibatkan :-
- Perancangan dan pemantauan dasar/program/aktiviti berdasarkan fungsi utama Bahagian;
- Pelaksanaan dan penyelarasan dasar/program/aktiviti melalui sokongan Jabatan dan Agensi;
- Pengesanan dan penilaian keberkesanan dasar/program/aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan; dan
- Transformasi dan lonjakan lestari pertanian berkaitan subsektor padi dan beras.
Kami akan memastikan perkhidmatan berikut dilaksanakan dengan berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan :-
- Pengeluaran Lesen Permit berkaitan padi dan beras;
- Penyediaan kemudahan kewangan, input dan infrastruktur serta pemasaran kepada Unit/Seksyen di bawah seliaan;
- Pemberian khidmat pengembangan dan latihan berkaitan padi dan beras;
- Penyelidikan dan pembangunan teknologi berkaitan padi dan beras; dan
- Penyediaan maklumat pertanian terkini berkaitan padi dan beras.
Menyasarkan Tahap Sara Diri (SSR) Beras Negara sebanyak 80% pada tahun 2030 selaras dengan sasaran yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0
PENGURUSAN SUBSIDI DAN INSENTIF
- Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
- Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP)
- Skim Baja dan Racun Padi Bukit/ Huma (SBRPB)
- Insentif Benih Padi Sah (IBPS)
- Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
AKTIVITI UTAMA
- Pengurusan Jelapang Padi dan Luar Jelapang
- Pengurusan Padi Specialty
- Kajian-kajian Subsektor Padi & Beras
- Jawatankuasa Dasar/Teknikal/penyelarasan BKKIPB
- Antarabangsa (APTERR dan ARFSB)
- Pengurusan Bencana Tanaman Padi
- Majlis/Bengkel/Sesi Libat Urus berkaitan Padi dan Beras
KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA)
- Peruntukan Mengurus
- Pemantauan Projek Pembangunan
- Jawatankuasa Penyelarasan IADA
DATE UPDATED : 25 MARCH 2024
CLICK ON THE PICTURE TO SEE MORE CLEARLY
- Mengawal pengedaran beras serta produk-produk sampingan beras melalui pengeluaran lesen, permit dan peraturan-peraturan
- Pengeluaran Lesen Mengilang Padi
- Pengeluaran Lesen Membeli Padi
- Pengeluaran Lesen Menjual Borong Beras
- Pengeluaran Lesen Menjual Runcit Beras
- Pengeluaran Lesen Import Beras
- Pengeluaran Lesen Eksport Beras
- Pengeluaran Permit Import Beras
- Pengeluaran Permit pemindahan Beras
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan dengan padi dan beras.
- Siasatan Kes
- Siasatan Aduan
- Pendakwaan
- Siasatan Subsidi
- Membantu membendung aktiviti penyeludupan beras
- Memberi maklum balas dan penjelasan berkaitan dengan pengawalseliaan subsektor padi dan beras
- Mengawalselia pematuhan syarat-syarat lesen, permit, peraturan, akreditasi, piawaian, gred dan harga berkaitan dengan padi dan beras.
- Pemeriksaan Premis: Rondaan/Intipan
- Serbuan
- Sekatan Jalanraya
- Operasi Khas
- Sampel Pemutuan
- Mengawalselia pematuhan Obligasi Sosial di bawah Perjanjian Konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
- Memperakukan dasar baharu, perubahan dasar, perundangan, peraturan dan prosedur berkaitan pengawalan padi dan beras di bawah AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 [Akta 522]
- Memudah cara tatakelola khususnya berkaitan subsektor padi dan beras
DATE UPDATED : 25 MARCH 2024

