Pasukan Nukleus Agensi Regulatori Dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (MAREA)
Pasukan Nukleus Agensi Regulatori Dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (MAREA)
Hits: 60
Mewujudkan suatu akta yang membuat peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubung dengan regulatori dan penguatkuasaan agromakanan dan perkara lain yang berkaitan dengannya.
Menyelaraskan semua fungsi regulatori agromakanan di bawah satu agensi yang bersepadu.
Mempertingkat keupayaan regulatori dan penguatkuasaan agromakanan melalui pengukuhan organisasi dan sumber.
Mengintegrasikan penguatkuasaan agromakanan dengan mewujudkan pelan pengoperasian MAREA
Merangka hala tuju, struktur organisasi, model operasi serta kerangka perundangan MAREA di samping menyediakan pelan tindakan penubuhan agensi.
Menyelaras penggabungan fungsi daripada tujuh agensi terlibat termasuk penyelarasan peranan, sumber manusia, proses kerja dan sistem antara agensi.
Mengkaji serta mencadangkan pindaan atau penggubalan undang-undang berkaitan dan menyediakan garis panduan, polisi serta prosedur operasi standard (SOP).
Mengurus peralihan organisasi daripada pelbagai agensi kepada satu entiti serta menangani isu budaya kerja, penempatan pegawai dan penyesuaian struktur.
Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan aset serta menyediakan kemudahan operasi awal bagi memastikan kelancaran penubuhan agensi.
Mengadakan konsultasi dengan kementerian, industri dan pihak berkepentingan serta mendapatkan maklum balas untuk memperkukuh pelaksanaan MAREA.
Melaporkan kemajuan penubuhan agensi berdasarkan KPI dan garis masa kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Kami komited untuk:
Menyelaras kerjasama dengan Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan bagi merealisasikan penubuhan MAREA
Menjalankan perundingan melalui mesyuarat, libat urus dan perbincangan berfokus dengan pelbagai pihak berkepentingan
Melaksanakan fungsi penyelarasan penubuhan dengan semua Jabatan/ Agensi dan Bahagian sehingga tertubuhnya MAREA