KPKM menawarkan insentif fiskal bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan. Galakan ini diberi sebagai dorongan atau galakan kepada syarikat swasta untuk melaksanakan projek pengeluaran bahan makanan. Ia bertujuan untuk menarik penyertaan dan meningkatkan pelaburan pihak swasta di dalam industri agro makanan.
Galakan yang diberikan adalah dalam bentuk potongan cukai kepada syarikat pelabur dan pengecualian cukai syarikat yang melaksanakan Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang layak. Pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan berkanun perniagaan selama 10 tahun taksiran bagi Projek Baharu dan 5 tahun taksiran bagi Projek Pembesaran, bermula dari tahun taksiran pertama syarikat memperolehi pendapatan berkanun perniagaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Insentif ini boleh dimohon melalui: https://siapp.moa.gov.my
Syarikat/Pertubuhan yang layak memohon insentif ini adalah:
- Syarikat Yang Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
- Pertubuhan Koperasi yang berasaskan pertanian;
- Pertubuhan Peladang Kawasan;
- Pertubuhan Peladang Persekutuan;
- Pertubuhan Peladang Negeri;
- Persatuan Nelayan Kawasan;
- Persatuan Nelayan Persekutuan;
- Persatuan Nelayan Negeri; dan
- *Pemilikan Tunggal
- *Perkongsian; atau
- *Pertubuhan / Persatuan
dan BERMASTAUTIN di Malaysia
