PROGRAM GERAN PEMADANAN CHANGE UPGRADE PRODUCT
Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP) merupakan salah satu program di bawah inisiatif pembangunan usahawan pertanian dan industri makanan yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Objektif Program:
- Mensasarkan peningkatan pendapatan dengan mempelbagaikan SKU produk.
- Meningkatkan keupayaan usahawan untuk terus kekal bersaing dalam pasaran.
- Menggalakkan pasaran serta menggiatkan promosi bagi mencipta peluang pasaran yang luas kepada produk usahawan.
- Meningkatkan pembangunan produk baru bernilai tinggi, berkualiti dan memenuhi standard sesuai dengan pasaran.
- Menjana peluang pekerjaan baru terutama kepada penduduk setempat.
Usahawan mikro yang mengusahakan produk makanan dan bukan makanan/asas tani dengan nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM300 ribu.
- Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau
- Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971; atau
- Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah Perlembagaan Pertubuhan Peladang; atau
- Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993; atau
- Pertubuhan bukan Kerajaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; atau
- Mempunyai premis perniagaan/ruang khas perniagaan yang mempunyai lesen premis yang sah; atau
- Peserta yang telah berjaya dan telah dipantau selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun di bawah Projek AZAM Tani, Program Rezeki Tani dan Program Agropreneur Muda; dan
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah.
- Kajian pembangunan kualiti produk
- Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
- Peningkatan kapasiti, keselamatan dan kualiti pengeluaran
- Pemasangan papan tanda perniagaan
- Penambahbaikan premis
- Perundingan pensijilan
Borang permohonan boleh didapati di laman sesawang KPKM atau melalui agensi pelaksana iaitu:
- Jabatan Pertanian (DOA)
- Jabatan Perikanan (DOF)
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Tempoh permohonan: Sepanjang tahun
- Jabatan Pertanian (DOA)
- Jabatan Perikanan (DOF)
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Unit Rezeki Tani, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, KPKM
03-8870 1765/1832
