Program-program galakan pasaran dalam dan luar negara melibatkan aktiviti perdagangan bagi meningkatkan momentum kebolehpasaran dan kelestarian produk agromakanan Malaysia. Sokongan yang KPKM sediakan di peringkat pemasaran adalah melalui khidmat nasihat dan bimbingan persediaan produk, program pemadanan perniagaan dan program promosi.
