Objective Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan kehendak pihak 'stakeholders'. Memberi perkhidmatan pengurusan perolehan dan aset yang cekap dan menguntungkan kerajaan mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa. Menyedia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar mencapai penggunaan optima yang berkesan. Meningkatkan kompetensi dan kecekapan kakitangan Kementerian dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan. Function Mengurus terimaan & pembayaran bil-bil dan bayaran gaji bagi Ibu Pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Malaysia (KPKM). Menimbang & meluluskan permohonan pinjaman/ pembiayaan kenderaan, pembiayaan komputer, pendahuluan diri, elaun pakaian panas/ elaun pakaian Luar Negeri & pesanan tempatan. Memastikan Akaun Amanah di bawah KPKM diselenggara mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan. Melaksanakan mekanisma kawalan kewangan & perbelanjaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Ibu Pejabat & Kementerian setiap suku tahun. Januari, April, Julai, Oktober. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat Ibu Pejabat & Kementerian setiap suku tahun Januari, April, Julai, Oktober. Mengemukakan laporan JPKA setiap suku tahun ke Perbendaharaan Januari, April, Julai, Oktober. Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan pertanyaan Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara termasuk pertanyaan Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam. Mengurus urusan perolehan Ibu Pejabat Kementerian dan menjadi urus setia Lembaga Perolehan KPKM (LP KPKM). Urus setia Pengurusan Aset (UPA) Kementerian. Menyedia dan menguruskan Anggaran Belanjawan Tahunan Kementerian. Melaksanakan kawalan perbelanjaan peruntukan Kementerian. Menyelaras pembentangan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Badan-Badan Berkanun di bawah KPKM ke Mesyuarat Jemaah Menteri & Persidangan Parlimen. Mengurus laporan penyesuaian peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan. Charter Memproses dan meluluskan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima. Memproses dan menyediakan baucer bayaran semua bil / invois dalam tempoh satu (1) minggu dari bil / invois lengkap diterima. Memproses dan menyediakan baucer bayaran semua tuntutan dalam tempoh satu (1) minggu dari tuntutan lengkap diterima. Memproses bayaran dan perubahan gaji dan elaun kakitangan dalam tempoh satu (1) minggu dari perubahan lengkap diterima. Memproses permohonan Pendahuluan Diri yang telah lengkap diterima dalam tempoh lima (5) hari bekerja sebelum permohonan bertugas di luar ibu pejabat. Mengurus dan mengambil tindakan ke atas teguran audit Ibu pejabat Kementerian dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh diterima. Mengurusan permohonan perolehan dan mengeluarkan Pesanan Kerajaan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan lengkap diterima. Menguruskan kes pelupusan, kehilangan dan hapus kira dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterma. Menguruskan pengagihan peruntukan mengurus dan pembangunan tahun semasa dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan Waran Peruntukan Am. Section Chart   DATE UPDATED : 18 JUN 2026