Bahagian Pembangunan
- Butiran
- Jumlah paparan: 7962
Vision and mission
VISI
Peneraju kecemerlangan Pembangunan Pertanian dan Agromakanan
MISI
Memastikan Pembangunan Pertanian dan Agromakanan dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai keberhasilan yang ditetapkan.
Objective
Menyelaras bajet Pembangunan Bahagian/Jabatan/Agensi selaras Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021-2030 dan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan;
Memastikan Bahagian/Jabatan/Agensi melaksanakan program/projek Pembangunan Kementerian mengikut perancangan;
Memantau pelaksanaan program/projek bagi memastikan keberhasilan tercapai;
Charter
Melaporkan prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan program/projek Pembangunan di dalam Mesyuarat MTPK dan JTPK;
Memperakukan permohonan projek di bawah Rolling Plan di dalam Myprojek sebelum atau pada 31 Mac setiap tahun
Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) tender kerja kepada Pegawai Penguasa (SO) selepas keputusan Lembaga Perolehan Kementerian dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
Function
Memantau prestasi program dan projek Pembangunan dari segi kewangan dan fizikal di Bahagian/Jabatan/Agensi;
Menilai impak dan outcome program/projek Pembangunan Bahagian/Jabatan/Agensi;
Merancang dan menyelaras perkara berkaitan peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun di bawah kementerian dengan agensi pusat iaitu Kementerian Ekonomi, Unit Penyelaras Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Kementerian Kewangan (MOF);
Focal point bagi penyelarasan siling, maklumat dan skop projek Pembangunan Kementerian;
Mengurus pelaksanaan dan mengemaskini maklumat program / projek bahagian/jabatan/agensi di dalam laporan sistem MyProjek;
Menjadi urus setia kepada:
Jawatankuasa Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK);
Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK);
Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO);
Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan TanahPersekutuan (JPPT);
Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Ruang Bangunan (JPTRB);
Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP);
Jawatankuasa Tuntutan Loss dan Expense Tender Kerja;
Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Projek Fizikal KPKM (JTPPFK); dan
Mesyuarat Pemantauan Projek Non Utilised dan Underutilised KPKM.
Section Chart DATE UPDATED : 09 FEBRUARY 2026 CLICK ON THE PICTURE TO SEE MORE CLEARLY