Unit Audit Dalam
- Butiran
- Jumlah paparan: 5491
Objective
Untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus
Untuk membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan serta pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan
Untuk membantu pihak pengurusan menentukan program dan aktiviti, diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian
Function Seksyen Audit Prestasi Merangka Rancangan Tahunan Audit Prestasi. Menjalankan Audit Prestasi bagi menentukan kecekapan dan keberkesanan serta pencapaian matlamat/objektif program/aktiviti yang dijalankan. Menyediakan syor dan cadangan bagi memastikan program/aktiviti diuruskan dengan cekap. Mengkaji laporan maklum balas daripada auditi dan membuat susulan. Menyediakan Laporan Tahunan Audit Prestasi. Membantu Seksyen Pentadbiran menyediakan bajet tahunan. Seksyen Audit Kewangan Merangka Rancangan Tahunan Audit Kewangan. Menjalankan Audit Pengurusan Kewangan dan Pematuhan di PTJ di bawah Kementerian termasuk auditan susulan dan pemeriksaan mengejut. Menyediakan syor dan cadangan bagi memastikan pengurusan kewangan dan kawalan dalaman adalah baik. Mengkaji laporan maklum balas daripada auditi dan membuat susulan. Menyediakan Laporan Tahunan Audit Pengurusan Kewangan. Membantu Seksyen Pentadbiran menyediakan bajet tahunan. Seksyen Audit Khas Merangka Rancangan Tahunan Audit Siastan/Khas. Menyelaras, mengkaji dan menyiasat aduan dan arahan daripada pengurusan atasan berhubung aktiviti dan pengurusan Kementerian. Menjalankan Audit ICT bagi sistem-sistem yang dibangunkan oleh Kementerian. Memberikan perkhidmatan sokongan teknikal kepada Seksyen Audit lain dalam menjalankan auditan berkaitan ICT. Menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam. Memantau dan menyelaras maklum balas auditi terhadap Laporan Ketua Audit Negara dan Audit Dalam. Seksyen Pentadbiran dan Penyelarasan Urusan pentadbiran dan perkhidmatan termasuk : Urusan surat menyurat Urusan cuti Mesyuarat Laporan Prestasi dan Laporan Pengisytiharan Harta Pengurusan aset Kad Perakam Waktu Tempahan tiket kapal terbang Latihan, kenaikan pangkat, pengesahan jawatan dan mengemaskini maklumat kakitangan dalam buku perkhidmatan dan HRMIS Keselamatan pejabat Pengurusan rekod dan fail Unit Audit Dalam Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan Urusan kewangan termasuk : Belanjawan tahunan Menyelenggara stor Urusan pembayaran bil dan tuntutan perjalanan Charter Laporan Audit Pengurusan Kewangan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan selepas pengauditan diselesaikan. Rancangan Audit Tahunan dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum/pada 31 Januari tahun berikutnya. Laporan Tahunan Audit dikemukakan kepada Perbendaharaan sebelum/pada 31 Mac tahun berikutnya. Section Chart TARIKH KEMASKINI : 18 MAY 2026 CLICK ON THE PICTURE TO SEE MORE CLEARLY