Unit Komunikasi Korporat
- Butiran
- Jumlah paparan: 6926
Objective Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa. Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian. Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa. Memberi khidmat sokongan kepada 13 Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Function Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur. Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian, Jabatan dan Agensi. Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian. Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian. Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian, Jabatan dan Agensi. Membantu Kementerian dalam urusan penerbitan bahan-bahan bercetak. Menyelaras permohonan lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian. Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian. Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan. Corporate Communications Unit Services PERKHIDMATAN STUDIO FOTO
Unit Komunikasi Korporat (UKK) menyediakan perkhidmatan Studio Foto bagi kegunaan Pengurusan Tertinggi dan pegawai lantikan baharu untuk kemaskini carta KPKM serta foto di ruangan direktori portal.
PERKHIDMATAN CENDERAMATA RASMI
Unit Komunikasi Korporat (UKK) menyediakan perkhidmatan cenderamata rasmi KPKM bagi kunjungan hormat atau lawatan rasmi ke atas YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha.
PERKHIDMATAN STOK BAHAN PENERBITAN
Unit Komunikasi Korporat (UKK) menyediakan perkhidmatan stok bahan penerbitan bagi kegunaan dari program rasmi anjuran KPKM.
Pertanyaan lanjut berhubung permohonan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak UKK, sila hubungi pegawai di bawah:
Zuria binti Bakeri (03-88701389)
Sari Nor Amriyah binti Muhammad Isa (03-88701393)
Saiyaswary A/P Surnarayana (03-88701384)
atau e-melkan permohonan berserta memo rasmi kepada pro@kpkm.gov.my. Achievement of the Corporate Communication Unit Customer Charter in 2023 DATE UPDATED : 18 SEPTEMBER 2025 CLICK ON THE PICTURE TO SEE MORE CLEARLY Section Chart DATE UPDATED : 28 JANUARI 2026 CLICK ON THE PICTURE TO SEE MORE CLEARLY