Bahagian Pemodenan Pertanian
- Butiran
- Jumlah paparan: 7402
Objective
Melaksanakan hala tuju pemodenan sektor agromakanan ke arah menjayakan matlamat Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan lain-lain dasar yang berkaitan; dan
Meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor agromakanan melalui peningkatan penerimagunaan teknologi.
Function
Merangka, memantau dan menilai dasar, program dan projek pemodenan pertanian;
Merangka hala tuju teknologi pertanian yang mampan dan berdaya saing;
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program pemodenan pertanian ke arah menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam sektor agromakanan;
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Dana dan Program Pembiayaan Pemodenan dan Pertanian Pintar;
Merancang dan mengurus Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan sejajar dengan hala tuju pemodenan negara;
Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Projek Pertanian Moden (PPM) di Kluang;
Menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan dan pembangunan pemodenan pertanian dalam sektor agromakanan; dan
Mengadakan kolaborasi dengan Kementerian/Agensi berkaitan ke arah pemodenan sektor agromakanan
Charter
Penyediaan ulasan penilaian teknologi dalam tempoh 14 hari selepas pembentangan dilaksanakan;
Jawapan kepada pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan negara disediakan dan dikemukakan kepada urusetia Parlimen selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh soalan; dan
Memberi maklumbalas aduan dan pertanyaan orang ramai yang diterima melalui emel rasmi BPP dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Section Chart DATE UPDATED : 23 FEBRUARI 2026 CLICK ON THE PICTURE TO SEE MORE CLEARLY