Alat Kebolehcapaian

logo kpkm
hubungi
maklumbalas
peta
 

Dasar Agromakanan Negara (2.0)

Dasar Agromakanan Negara (2.0)

PENGENALAN DASAR AGROMAKANAN NEGARA 2021-2030

(DAN 2.0)

Dasar Agromakanan Negara, 2021-2030 (DAN 2.0) digubal dengan visi untuk membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi dalam usaha bagi memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti makanan dan nutrisi.

Dasar ini dibangunkan berpandukan tiga (3) prinisip utama pembangunan mampan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Ini selari dengan matlamat global seperti dihasratkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030. 

DAN 2.0 memberi penumpuan terhadap dua aspek utama iaitu:

  1. sekuriti makanan yang bermaksud keterjaminan bekalan makanan yang wujud apabila semua manusia pada bila-bila masa dapat memperoleh makanan yang mencukupi dan berkhasiat dan
  2. pertumbuhan ekonomi dan sumbangan sektor Agromakanan terhadap KDNK negara serta peningkatan tahap pendapatan pengeluar makanan bagi menjamin kesejahteraan mereka.

Pelaksanaan DAN 2.0 dipacu oleh 6 objektif, didukung oleh 5 teras serta disokong oleh 21 strategi dan 77 pelan tindakan yang akan direalisasikan melalui pelbagai jabatan dan agensi. Teras dasar tersebut merangkumi pemerkasaan pemodenan melalui pertanian pintar dan peningkatan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I), pengukuhan rantaian nilai produk agromakanan untuk pasaran domestik dan antarabangsa, pembangunan bakat dan tenaga kerja mahir, penekanan ke arah amalan pertanian mampan serta pemudahcaraan ekosistem perniagaan termasuk guna tanah, kewangan, infrastruktur, pelaburan dan tadbir urus.

Pada masa yang sama, DAN 2.0 juga memberikan tumpuan khusus kepada 4 subsektor termasuk padi dan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran, ternakan serta perikanan dan akuakultur melalui pelaksanaan 18 strategi dan 58 pelan tindakan. Strategi tersebut akan memfokuskan kepada aktiviti bernilai tinggi di sepanjang rantaian nilai makanan yang dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan sasar dan meningkatkan taraf sosioekonomi petani, penternak, nelayan dan usahawan tani.

BM

 

BILTAJUKMUAT TURUN
1. Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)   PDF
2. Pelan Tindakan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)   PDF
3. Ringkasan Eksekutif Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)   PDF
Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.
 
Tel : 03 - 8000 8000
E-mel Aduan : pro@kpkm.gov.my

FBFBFBFBFBFB
|