-
Memberi khidmat sokongan pengurusan pentadbiran kepada Bahagian/Jabatan/Agensi ke arah mencapai objektif Kementerian.
- Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun KPKM
- Menguruskan kewangan Bahagian
- Menguruskan perolehan bekalan/ perkhidmatan Kementerian
- Menguruskan rekod Kementerian di Bilik Fail dan pelaksanaan Sistem DDMS
- Menguruskan pelupusan rekod
- Melaksanakan kerja-kerja keurus setiaan bagi Mesyuarat peringkat Bahagian dan Kementerian
- Menguruskan sewa ruang Premis Kementerian
- Menguruskan aset alih Bahagian
- Menguruskan penyelenggaraan Bangunan
- Menguruskan kenderaan Kementerian dan Jabatan
- Menguruskan keselamatan Bangunan
- Menyelaras dan melaksanakan semua program kualiti dan inovasi di Kementerian
- Menyelaras Mesyuarat Semakan Semula Pencapaian Piagam Pelanggan Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian
- Menyelaras Program MS ISO 9001 : 2015 Kementerian
- Menyelaras Pelaksanaan Majlis Rasmi atau Program Kementerian seperti Perhimpunan Bulanan, Majlis Amanat YB Menteri, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, MAHA, HPPNK, KIK dan sebagainya.
- Menguruskan pendokumentasian bahan perpustakaan seperti Pengkelasan, pengkatalogan dan input entri bahan ke dalam Sistem Perpustakaan Bersepadu (VIRTUA)
- Menguruskan Perkhidmatan Perpustakaan seperti Keahlian, Perkhidmatan Pinjaman, Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan, Pengguna, Keratan Akhbar
- Melaksanakan Pogram/Aktiviti Galakan Membaca@Perkongsian Ilmu
- Menyelaras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian
- Urusan pos surat-surat keluar KPKM diproses ke Pejabat Pos dalam tempoh tiga hari (3) bekerja dari tarikh surat diterima di Bahagian Pentadbiran;
- Memastikan aduan berkaitan penyelenggaraan dan pembersihan di bangunan Wisma Tani yang diterima melalui Bahagian Pentadbiran telah dikunci masuk kedalam Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat (eSPFB) oleh syarikat Pengurusan Fasiliti (FM) dalam tempoh dua (2) hari;
- Mengemukakan permohonan nasihat teknikal kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen permohonan kerja ubahsuai/ naiktaraf yang lengkap diterima;
- Menyemak sistem dan talian telefon dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada tarikh aduan kerosakan telefon diterima;
- Mengemukakan maklum balas permohonan tempat letak kereta KHAS dan OKU dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima;
- Mengemukakan maklum balas awal permohonan penggunaan ruang dan peralatan gunasama dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh borang permohonan lengkap diterima;
- Menyediakan kad akses /kad pengenalan jabatan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima;
- Memaklumkan keputusan ketersediaan kenderaan jabatan/ pemandu seliaan Bahagian Pentadbiran kepada pemohon dalam tempoh dua (2) hari sebelum tarikh penggunaan yang dipohon (keputusan berdasarkan keutamaan);
- Memastikan bahan perpustakaan baharu tersedia di atas rak untuk rujukan pelanggan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh daftar perolehan bahan;
- Memastikan pertanyaan rujukan penyelidikan diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan
- Memastikan notis peringatan pemulangan pinjaman bahan perpustakaan di hantar dua (2) hari sebelum tarikh luput peminjaman bahan.
| BIL | TAJUK | PAUTAN |
|---|---|---|
| 1 | Bahagian Pentadbiran KPKM | LIHAT |

