Alat Kebolehcapaian

logo kpkm
hubungi
maklumbalas
peta
 

Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

mygap

Selamat dan Berkualiti

Amalan Pertanian Baik (APB) merupakan satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Pelaksanaan APB di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2002 seperti berikut:

1.Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) pada tahun 2002 bagi subsektor tanaman;

2.Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) pada tahun 2003 bagi subsektor ternakan; dan

3.Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) pada tahun 2004 bagi subsektor akuakultur.

Seterusnya, Program SALM, SALT, SPLAM telah dijenamakan dengan nama dan logo Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) pada tahun 2013 yang bertujuan untuk mengiktiraf ladang yang melaksanakan amalan pertanian baik. Menerusi pensijilan ini, konsep APB diutamakan iaitu:

1.Memastikan hasil pertanian adalah selamat untuk dimakan;

2.Menghasilkan produk yang berkualiti;

3.Pengurusan ladang yang berkesan dan mesra alam; dan

4.Menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja.

 

faedah pensijilan mygap

Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan
Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran,
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.
 
Tel : 03 - 8000 8000
E-mel Aduan : pro@kpkm.gov.my

FBFBFBFBFBFB
|