- Menerajui dalam perancangan dan pengurusan ICT yang berkualiti, selamat dan efisyen serta membudayaan penggunaan ICT kepada warga Kementerian.
- Merancang, merangka dan melaksana Pelan Strategik ICT KPKM.
- Menganalisis, mereka bentuk, membangun atau memantau, menguji dan menyelenggara sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman atau ‘out source'.
- Merangka dan melaksana Polisi Keselamatan Siber KPKM.
- Menyedia, mengendali dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk Kementerian.
- Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan ICT.
- Membudayakan penggunaan ICT di Kementerian.
- Memberi khidmat nasihat ICT kepada Kementerian.
- Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian.
- Merancang dan mengurus hal-hal pentadbiran dan belanjawan Bahagian.
Pengurusan Pelaksanaan Sistem Aplikasi
- Memastikan aplikasi kritikal berada di tahap ketersediaan sekurang-kurangnya 95%.
Perkhidmatan Sokongan Teknikal dan Khidmat Nasihat
- Memberi respon dalam tempoh dua (2) jam dari masa aduan diterima.
- Memastikan tindakan untuk mengatasi aduan permasalahan ICT :
- Tujuh (7) hari bekerja bagi kategori tanpa alat ganti; dan
- Tindakan penyelesaian 30 hari bekerja bagi kategori dengan alat ganti.
- Memastikan ketersediaan rangkaian mengikut Service Level Agreement (SLA) MAMPU pada kadar 99.5%.
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
- Memastikan surat kelulusan dikeluarkan dalam tempoh :
- Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh perakuan Urus Setia JPICT bagi kelulusan di peringkat Ketua Jabatan; dan
- Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diluluskan dalam Mesyuarat JPICT bagi kelulusan di peringkat JPICT.
Pengurusan Aset Gunasama ICT
- Memastikan pinjaman aset ICT diberi dalam tempoh satu (1) hari sebelum tarikh penggunaan tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan ketersediaan aset.


