- Melaksanakan program-program penggalakan pelaburan dalam dan luar negara bagi meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian.
- Melaksanakan program pemasaran dan padanan perniagaan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta kecekapan pengedaran hasil agromakanan.
- Merangka dan menyelaras pelaksanaan fasilitasi aktiviti pengimportan dan pengeksportan produk pertanian.
- Mengawalselia serta menyelaras dana pembiayaan kerajaan kepada Agrobank.
- Merangka strategi serta menyelaras pelaksanaan program-program pembangunan perniagaan bagi membangunkan perniagaan yang maju dan berdaya saing.
- Mengurusetia dan memantau projek penswastaan di peringkat kementerian.


